[PERSPEKTIF] TAWARAN ARSENAL TERBAIK UNTUK SAYA – CECH

Petr-Cech-join-ArsenalPetr Cech melaungkan keyakinan bahawa dirinya bersedia untuk membantu The Gunners menjulang pelbagai kejuaraan selepas melengkapkan perpindahan daripada Chelsea. Penjaga gol Republik Czech berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama Arsenal. Terdahulu, Petr Cech kehilangan kedudukan selaku penjaga gol utama Chelsea kepada penjaga gol antarabangsa Belgium, Thibaut Courtois musim lalu.

Lantaran itu, Petr Cech terdesak menuju pintu keluar Stamford Bridge bagi mencerahkan peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama. Penjaga gol baru Arsenal ini mengakui kualiti dan pengalaman yang dimiliki oleh skuad Arsenal kini mampu meraih lebih banyak kejuaraan. Malah, dirinya sudah tidak sabar untuk membantu Arsenal menjulang mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenangi The Gunners dua musim berturut-turut.

“Menjuarai Piala FA merupakan satu pencapaian yang hebat dan memberikan keyakinan yang tinggi kepada pemain-pemain,” kata Petr Cech menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.

“Saya percaya ini merupakan satu platform terbaik untuk Arsenal membina kembali reputasi dan saya berharap kami mampu melangkah setapak lagi ke hadapan bagi saingan musim baru ini. Saya percaya saya akan memenangi kejuaraan di Arsenal. Segalanya akan menjadi mudah.”

Arsenal-celebrate-goal-vs-Liverpool-2015“Di Arsenal, kami mempunyai pemain yang pernah menjulang Piala Dunia, pemain yang pernah menjulang Liga Juara-jaura Eropah dan ramai pemain-pemain antarabangsa yang memiliki pengalaman yang luas serta pemain muda berbakat besar yang akan diterjemahkan dengan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-jaura Eropah.”

“Terdapat keseimbangan antara tongak berpengalaman dan pemain-pemain muda. Jadi, tiada sebab untuk saya memikirkan bahawa kami tidak akan memenangi kejuaraan.”

Petr Cech menyertai Chelsea pada Julai 20004 dari kelab Ligue 1, Rennes dengan yuran perpindahan sebanyak £7 juta. Sepanjang 11 musim bersama The Blues, pemain kelahiran Plzeň, Republik Czech ini telah menjulang 13 kejuaraan utama. Meskipun menerima pelbagai tawaran daripada banyak kelab, Petr Cech menegaskan bahawa Arsenal merupakan pilihan terbaik demi masa depannya.

“Ya, terdapat banyak kelab yang mahu mendapatkan saya tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini di mana saya mengenepikan semua tawaran dan memilih alasan bola sepak yang terbaik. Arsenal datang kepada saya dengan alasan bola sepak yang terbaik.”

“Mereka (Arsenal) menunjukan kepada saya komitmen sebenar mereka. Ianya bukan tentang tawaran yang lumayan, ianya tentang bola sepak dan saya benar-benar gembira kerana dapat terus beraksi di Liga Perdana Inggeris,” kata penjaga gol berusia 33 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply