[PERSPEKTIF] OZIL PERLU LEBIH MENYERLAH DALAM PERLAWANAN BESAR

Mesut-Ozil-vs-Chelsea-2014Mantan penjaga gol Arsenal, Jens Lehmann melontarkan cabaran buat bintang tengah Jerman, Mesut Ozil  agar mempamerkan kualiti sebenarnya dalam perlawanan besar. Pemain tengah berusia 27 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Arsenal dari kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada 2 September 2013 dengan yuran perpindahan dianggarkan sebanyak £42.5 juta sekaligus muncul selaku pemain termahal The Gunners.

Meskipun berjaya membantu Arsenal menamatkan kemarau kejuaraan dengan menjulang kejuaraan Piala FA 2014 serta mempertahan kejuaraan piala tertua di England itu musim ini namun Ozil terus berdepan kritikan daripada segelintir pihak dan pemerhati bola sepak. Bekas pemain antarabangsa Jerman, Jens Lehmann mahu Ozil membuktikan kemampuannya secara konsisten terutama dalam perlawanan-perlawanan penting. sebenarnya.

“Semua orang tahu dia boleh boleh menjadi pemain yang hebat. tetapi dia harus menjadi pemain yang hebat dalam perlawanan-perlawanan besar,” kata Lehmann kepada The Sun baru-baru ini.

“Anda tidak seharusnya menajdi pemain yang hebat dalam perlawanan kecil dan beraksi sederhana dalam perlawanan besar. Dia (Ozil) boleh melakukannya dan harus membuktikannya. Anda harus tahu bagaimana untuk melakukannya dan mengurskan diri anda.”

“Sudah tentu dia mampu mempertingkatkan (persembahan). Anda tidak boleh menjadi pemain yang hebat pada hari-hari persaraan anda tetapi anda harus melakukannya setiap sebelum itu,” kata penjaga gol lagenda Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply