[PERSPEKTIF] CECH BUAT PERTAHANAN ARSENAL LEBIH TENANG

Petr-Cech-Chelsea-2005Pertahanan lagenda Arsenal, Lee Dixon turut melahirkan rasa gembira  dengan kehadiran Petr Cech. Penjaga gol berusia 33 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Arsenal dari Chelsea dengan yuran perpindahan sebanyak £10 juta awal minggu ini. Lee Dixon berpendapat bahawa kehadiran penjaga gol antarabangsa Republik Czech itu bakal menjadikan barisan pertahanan The Gunners beraksi lebih tenang.

“(Petr) Cech adalah pembelian yang bagus,” kata Lee Dixon ketika ditanya mengenai perpindahan penjaga gol berpengalaman itu.

“Seorang penjaga gol yang hebat bukan sahaja mendapat mata daripada tindakan menyelamatkan gawang gol tetapi juga kehadirannya mampu menenangkan barisan pertahanan. David Seaman merupakan orang kelima di kawasan pertahanan kami.”

Seorang lagi lagenda Arsenal, Nigel Winterburn turut sependapat dengan Lee Dixon yang menilai Petr Cech sebagai pembelian yang bagus meskipun penjaga gol berpengalaman itu sudah berusia 33 tahun. Petr Cech memiliki pengalaman yang luas telah menghabiskan tempoh 11 musim dengan menjulang 13 kejuaraan utama. Di pentas antarabangsa pula, Petr Cech sudah beraksi dalam 114 perlawanan bersama Republik Czech.

Petr-Cech-signs-for-Arsenal“Ini merupakan pembelian yang bagus dengan pengalaman yang dia (Cech) dimiliki,” kata Winterburn kepada baru-baru ini.

“Kita boleh melihatnya tahun lalu meskipun dia hanya beraksi dalam beberapa perlawanan.Dia juga akan mendorong penjaga gol (Arsenal) yang lain dima mereka akan sedar dan berusaha untuk menjadi penjaga gol yang hebat.”

“Dia merupakan pembelian yang bagus. DIa merupakan penjaga gol, usianya masih belum tua lagi – dia boleh bermain sehingga umur 39 atau 40 tahun. Dia boleh bermain dengan baik untuk tempoh beberapa tahun akan datang.”

“Dia bukan sahaja memberikan anda ketenangan. Anda boleh merasakannya jika seorang penajga gol yang hebat berada di belakang anda di aman dia boleh melakukan banyak aksi menyelamat yang penting. Petr Cech akan melakukannya,” kata pertahanan lagenda Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply