[KOMENTAR] PETR CECH PEMBELIAN HEBAT ARSENAL – REDKNAPP

Petr-Cech-with-BPL-trophy-2015Mantan pengurus Tottenham Hotspurs, Harry Redknapp melaungkan keyakinan bahawa Arsenal mampu menjadi pasukan terbaik di Liga Perdana Inggeris musim depan selepas berjaya menandatangani penjaga gol berpengalaman, Petr Cech. Pemain antarabangsa Republik Czech berusia 33 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke Arsenal dari Chelsea minggu lalu dengan yuran perpindahan sebanyak £10 juta.

Petr Cech merupakan salah seorang penjaga gol terbaik di Liga Perdana Inggeris namun kehilangan kedudukan selaku penjaga gol utama Chelsea kepada Thibaut Courtois musim ini. Harry Redknapp menilai Petr Cech bakal menjadi kunci kejayaan bagi skuad bimbingan Arsene Wenger. Kualiti dan pengalaman yang dimiliki oleh penjaga gol antarabangsa Republik Czech bakal menjadikan Arsenal tampil berbeza musim depan.

“Ini bakal menjadi pembelian yang hebat. Ia memberikan Arsenal seorang penajga gol yang hebat dan anda memerlukan penjaga gol yang hebat jika mahu memenangi kejuaraan,” kata Redknapp baru-baru ini.

“Tetapi Arsenal masih memerlukan dua pemain lagi untuk menjadi pencabar utama kejuaraan. Arsenal harus melakukannya jika mahu merampas kejuaraan daripada Chelsea.’

“Mereka kini sudah memiliki Jack Wilshere dan Alex Oxlade-Chamberlain yang kembali cergas, mereka sememangnya kualiti skuad sebenar. Tetapi mereka masih memerlukan seorang penyerang dan pertahanan tengah,” kata Redknapp lagi.

Petr-Cech-signs-for-ArsenalKenyataan Redknapp itu turut disokong oleh mantan pengurus skuad kebangsaan England, Glenn Hoodle yang mengesa Arsenal menandatangani dua orang pemain berkualiti jika mahu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Glenn Hoddle turut menyokong perpindahan bekas penjaga gol Chelsea itu ke Arsenal yang dinilai sebagai salah seorang tonggak utama Arsenal musim depan.

“Arsenal sudah berjaya mengukuhkan benteng pasukan (dengan perpindahan Cech). Tetapi, saya rasa Arsenal masih memerlukan dua orang pemain lagi. Jika saya adalah penyokong Arsenal, saya akan berasa gembira dengan pembelian (Cech) tersebut. Namun saya bukan penyokong mereka (Arsenal),” kata bekas pemain Chelsea dan Spurs itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply