[CORETAN] LEMBARAN BARU SAYA BERSAMA ARSENAL – CECH

Petr-Cech-signs-for-ArsenalPenjaga gol baru Arsenal, Petr Cech mendedah dirinya hampir menyertai The Gunners lebih sedekad yang lalu ketika bersama kelab Ligue 1, Rennes. Namun, isu permit kerja menjadi penghalang perpindahannya ke Arsenal. Petr Cech kemudiannya menyertai Chelsea pada Julai 2004 dengan yuran perpindahan sebanyak £7 juta dan menghabiskan tempoh 11 tahun bersama The Blues serta menjulang 13 kejuaraan utama.

“Terdapat peluang sebelum saya ke Perancis (untuk menyertai Rennes) di mana saya sepatutnya menyertai Arsenal tetapi (ketika itu) saya baru berusia 18 atau 19 tahun dan Republik Czech belum menyertai Kesatuan Eropah (EU),” kata Cech kepada Arsenal Player.

“Saya memerlukan permit kerja dan situasi saya harus bermain 75% dalam skuad utama utk skuad kebangsaan di mana agak mustahil untuk saya capai ketika itu. Akhirnya, saya telah pergi ke Perancis kerana saya gagal mendapat permit kerja.”

Petr-Cech-Chelsea-2005“Saya mendapat tawaran dari beberapa kelab yang berminat dengan saya tetapi Arsenal salah satu daripadanya. Saya sangat teruja kerana (Arsenal) beraksi di Liga Perdana Inggeris dan kelab byang besar. Tetapi malangnya, peluang saya masih belum muncul ketika itu.”

“Kemudiannya dengan Chelsea dan saya sangat bersyukur untuk itu tetapi saya tidak pernah mengatur perjalanan hidup saya dan saya tidak tahun bagaimana ia akan berakhir. Di sini (Arsenal), saya berharap dapat mengulangi apa yang telah saya kecapi sedekad yang lalu.”

“Dan jika saya mendapat kebenaran, mungkin saya akan menulis cerita lengkap yang berbeza tetapi di sini lebih 10 tahun yang lalu dan kini saya boleh menmbuka lembaran baru,” kata penjaga gol Republik Czech berusia 33 tahun itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply