[BULETIN] MIKEL ARTETA KEKAL SEMUSIM BERSAMA ARSENAL

mikel-arteta-goal-vs-manchester-cityKapten Arsenal, Mikel Arteta akhirnya menamatkan pelbagai spekulasi mengenai masa depannya apabila menandatangani kontrak baru untuk semusim lagi bersama Arsenal. Pemain tengah berusia 33 tahun itu hangat dikaitkan dengan kepulangan ke Sepanyol pada musim panas ini selepas jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Gunners lantaran dibelenggu masalah kecederaan sepanjang musim lalu.

Mikel Arteta menyertai Arsenal pada 31 Ogos 2011 dari Everton dengan yuran perpindahan sebanyak £10 juta. Pemain kelahiran San Sebastian, Sepanyol ini telah beraksi dalam 135 perlawanan dengan menjaringkan 18 gol dan mencipta 8 assist setakat ini. Musim lalu, Arteta terlepas hampir keseluruhan musim dengan hanya beraksi dalam 11 perlawanan sahaja.

Kecemerlangan yang dipamerkan oleh pemain muda, Francis Coquelin menyaksikan kedudukan Arteta dalam kesebelasan utama sedikit tergugat sekaligus menimbulkan spekulasi yang mengaikan dirinya dengan perpindahan keluar dari Arsenal. Sementara itu, spekulasi perpindahan Arturo Vidal dan Morgan Schneiderlin turut berakhir seiring dengan keputusan Arteta untuk kekal bersama The Gunners.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply