[BULETIN] ARSENAL SAH LEPASKAN ABOU DIABY

vassiriki-abou-diaby-is-backArsenal mengumumkan melepaskan beberapa pemain-pemain termasuklah pemain paling lama dalam skuad, Abou Diaby. Pemain tengah Perancis berusia 29 tahun itu tampil pemain paling lama bersama The Gunners selepas pemergian Cesc Fabregas pada Ogos 2012. Selain itu, Arsenal turut melepaskan pemain-pemain akademi termasuklah Jack Jebb, Austin Lipman, Brandon Ormode-Ottewill dan Josh Vickers.

Abou Diaby menyertai The Gunners dari kelab Ligue 1, Auxerre pada Januari 2006 dengan yuran perpindahan sebanyak £2 juta. Selepas lebih sedekad bersama Arsenal, Diaby hanya melakukan 180 penampilan dengan menjaringkan 19 gol lantaran sering dihimpit pelbagai masalah kecederaan. Diaby akhirnya bebas meninggalkan Arsenal selepas kontraknya berakhir pada 30 Jun lalu.

“Abou Diaby bersama beberapa pemain-pemain akademi Jack Jebb, Austin Lipman, Brandon Ormode-Ottewill, dan Josh Vicker Ormode-Ottewill, dan Josh Vickers akan meninggalkan Arsenal kerana kontrak mereka telah berakhir,” menurut sumber daripada laman sesawang rasmi Arsenal.com.

Arsenal turut menghamburkan ucapan terima kasih kepada Abou Diaby serta lima pemain akademi yang meninggalkan Arsenal itu dan berharap mereka akan menempuh masa depan yang lebih baik. Selain itu, beberapa pemain-pemain utama yang lain termasuk Lukas Podolski, David Ospina, Mathiue Flamini dan Joel Campbell bakal dlepaskan oleh Arsene Wenger andai menerima tawaran yang sesuai.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply