[BULETIN] ANDREY ARSHAVIN BAKAL MENGANTUNG BUT

andrey-arshavin-arsenal-russian-captainMantan pemain Arsenal, Andrey Arshavin bakal mengantung butnya selepas kontraknya bersama Zenit St. Petersburg berakhir. Bekas kapten Russia berusia 34 tahun itu tidak ditawarkan kontrak baru sebagai pemain namun diberi peranan berbeza sebagai staf kejurulatihan bersama Zenit St. Petersburg. Meskipun sudah menerima tawaran tersebut, namun Arshavin masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya.

“Perasaan saya sekarang ini sedang bercampur aduk. Saya tidak akan membicarakan tentang apa yang belum berlaku dan apa yang belum tentu tentang masa depan saya,” kata Arshavin kepada Moskovsky Komsomolets.

Andrey Arshavin memulakan karier awal bersama Zenit St. Petersburg sebelum mendapat debut dalam skuad utama pada tahun 2000 ketika menentang Bradford City dalam saingan Intertoto Cup. Selepas 9 musim bersama Zenit, pemain kelahiran Leningrad, Russia itu menyertai Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £16.1 juta pada 31 Januari 2009. Arshavin telah beraksi dalam 143 perlawanan denagn meledak 31 gol dan mencipta 41 assist sepanjang 5 musim bersama The Gunners.

Bekas kapten Russia yang memiliki 75 caps bersama negaranya itu kemudiannya kembali menyertai Zenit St. Petersburg pada 27 Jun 2013 secara percuma. Bersama The Zenitchik, Arshavin telah beraksi dalam 370 perlawanan denagn menjaringkan 84 gol dan mencipta 121 assist. Arshavin turut membantu Zenit meraih beberapa kejuaraan termasuk 3 kejuaraan Liga Perdana Russia (2007, 2011/12, 2014/15), Piala Super Russia (2008), Piala Liga Russia (2003), Piala UEFA (2007/08) dan Piala Super UEFA (2008).

Buat Andrey Arshavin, terima kasih atas sumbangan anda dan selamat maju jaya.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply