[BULETIN] AINSLEY MAITLAND-NILES SERTAI IPSWICH TOWN

Ainsley-Maitland-Niles-with-Arsenal-U-18Pemain muda Arsenal, Ainsley Maitland-Niles akan menghabiskan saingan musim 2015/16 bersama kelab Liga kejuaraan, Ipswich Town apabila melengkapkan tempoh pinjaman jangka masa panjang ke kelab yang berpangkalan di Portman Road, Ipswich. Anak kelahiran Goodmayes, London itu menyertai akademi Arsenal seawal usia 6 tahun sebelum menadatangani kontrak professional pada 24 Oktober 2014.

Maitland-Niles mendapat debut bersama Arsenal apabila hadir selaku pemain gantian kepada Aaron Ramsey ketika menentang Galatasaray  pada 9 Disember 2014 ketika berusia 17 tahun dan 102 hari sekaligus menjadi pemain Arsenal kedua termuda yang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah selepas Jack Wilshere. Pemain beruisa 17 tahun itu juga pernah melakukan penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Buat Ainsley Maitland-Niles, selamat maju jaya dan semoga memperoleh pengalaman berharga sebagai bekalan untuk beraksi dalam skuad utama Arsenal kelak.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply