[PERSPEKTIF] PETR CECH BAKAL JADI KUNCI KEJAYAAN ARSENAL

Petr-Cech-join-ArsenalLagenda Arsenal, David Seaman mengakui bahawa ketibaan bekas penjaga gol Chelsea, Petr Cech bakal menjadikan skuad bimbingan Arsene Wenger sebagai salah satu pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan. Terdahulu, penjaga gol antarabangsa Republik Czech berusia 33 tahun itu sah menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £10 juta dari Chelsea.

“Dia (Cech) sebahagian daripada puzzle yang hampir dilengkapkan. Ianya bukan hanya tentang Cech. Kami (Arsenal) masih memerlukan pemain tengah yang bagus seperti Patrick Viera atau Yaya Toure,” kata Seaman kepada BBC Sports.

“Sebelum ini, kami telah mejual pemain-pemain seperti Cesc Fabregas dan Gael Clichy. Namun kini kelab mempunyai kestabilan dan kewangan yang kukuh untuk pembayaran gaji dan perpindahan nama-nama besar.

“Dengan membawa pemain berkualiti seperti (Petr) Cech, ini akan memberikan apa yang diperlukan oleh Arsenal untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Petr Cech telah menghabiskan tempoh 11 musim bersama Chelsea dengan menjulang 13 kejuaraan utama termasuk satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan 4 kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Namun, ketibaan penjaga gol muda Belgium, Thibaut Courtois menyaksikannya kedudukan selaku penjaga gol utama The Blues. Seaman juga percaya bahawa Cech akan merampas kedudukan penjaga gol no. 1 daripada Wojciech Szczesny dan David Ospina.

“Dia (Cech) tidak mahu untuk datang ke Arsenal dan menjadi penjaga gol no.2. Dia memiliki banyak kejuaraan di belakangnya dan saya boleh katakan dia mahu melonjakkan kariernya. Dia masih memiliki sekurang-kurangnya lima atau enam tahun lagi di hadapannya,” kata lagenda Arsenal itu  lagi yang memiliki 75 caps bersama England.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply