[PERSPEKTIF] WENGER PUJI DENGAN SEMANGAT SANCHEZ

Alexis-Sanchez-Everton-vs-Arsenal-2014Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji semangat juang yang ditampilkan oleh pembelian terbaiknya musim ini, Alexis Sanchez. Penyerang antarabangsa Chile itu melengkapkan perpindahan ke Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £32.5 juta pada 10 Julai 2014. Kualiti yang dimiliki oleh Sanchez serta sumbangannya kepada The Gunners musim ini membuat Arsene Wenger berasa sangat berbaloi dengan perbelanjaan besar untuk mendapat bekas penyerang Barcelona itu.

“Ketika saya menandatangani (Alexis) Sanchez, saya fikir boleh meletakannya di posisi kanan, di posisi kiri dan juga di tengah. itulah kualiti yang sangat penting bai seorang pemain bola sepak,” kata Wenger baru-baru ini.

“Keduanya, saya mahukan seorang pemain yang memiliki semangat juang yang tinggi untuk memberikan sesuatu kepada pasukan di barisan hadapan. Hal ini sangat penting – memiliki seoang pemain untuk berkata ‘Ayuh terus maju, saya sedia untuk terus bertarung.’

Yaya-Toure-vs-Alexis Sanchez“Ketiganya, saya menginginkan seorang pemain yang mampu berlari di belakang dan membawa bola. Dari semua yang saya lihat pada Sanchez, saya sama sekali tidak kecewa dengannya,” kata pengurus berusia 65 tahun itu lagi.

Ketibaan Alexis Sanchez berjaya menambah sengat di barisan hadapan The Gunners dengan menjaringkan 23 gol dan mencipta 9 assist dalam 38 perlawanan setakat ini. Penyerang berusia 26 tahun itu juga berjaya membantu Arsenal menjulang Perisai Komuniti awal musim ini serta mara ke perlawanan akhir Piala FA 30 Mei nanti. Malah, Sanchez turut disenaraikan dalam kesebelasan terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini meskipun baru semusim berkelana di kota London.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply