[PERSPEKTIF] WENGER MAHU JENKINSON KEKAL DI ARSENAL

Carl-Jenkinson-loaned-on-West-Ham-UnitedDi sebalik persembahan mantap yang dipamerkan oleh Hector Bellerin dan Calum Chambers musim namun pengurus Arsenal, Arsene Wenger mahu mengekalkan pemain Carl Jenkinson di Stadium Emirates untuk jangka masa panjang. Pemain muda England kini menghabiskan tempoh pinjaman semusim bersama West Ham United dengan melakukan 33 penampilan bersama The Hammers musim ini.

Carl Jenkinson memulakan karier awal bersama Charlton Athletic sebelum berhijrah ke Arsenal pada Jun 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £1 juta. Meskipun baru berusia 23 tahun, pemain kelahiran Harlow, England ini telah melakukan 57 penampilan dengan menjaringkan satu gol setakat ini. West Ham United mahu mendapatkan Jenkinson secara kekal namun Wenger mahu bek kanan England itu terus kekal bersama The Gunners.

“Saya telah berjumpa dengan Carl (Jenkinson) minggu ini untuk berbincang mengenai masa depannya. kami akan duduk berbincang bersama-sama pada penghujung musim ini tetapi sasaran saya untuk mengekalkannya bersama kelab ini,” kata Wenger menerusi laman rasmi Arsenal.com.

“Bagi saya, dia telah mengharungi musim yang hebat (bersama West Ham) saya dan dia mempamerkan peningkatan di mana dia berjaya mendapat lebih banyak keyakinan. Keputusannya adalah saya mahu membawa dia pulang ataupun dia masih memerlukan setahun untuk terus bermain dalam Liga Perdana Inggeris.”

Carl-Jenkinson-celebrate-goal-vs-Norwich-CityCarl Jenkinson berjaya mendapat debut dalam skuad utama Arsenal pada 16 Ogos 2011 ketika menentang Udinese dalam saingan Liga Jaura-Juara Eropah. Meskipun pemergian Bacary Sagna ke Manchester City hujung musim lalu, namun Jenkinson gagal untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Gunners dengan berdepan saingan daripada mathiue Debuchy, Hector Bellerin dan Calum Chambers untuk beraksi di posisi bek kanan.

“Itulah sebab mengapa kami akan membuat keputusan pada penghujung musim ini. Dia memerlukan pengalaman. Carl masih muda, sangat menyerlah selaku pemain bek kanan dengan memiliki kualiti yang bagus. Dan dia mempunyai tahun di mana dia telah mempamerkan peningkatan. Itu sangat penting untuk dia mendapat peluang untuk beraksi jika dia kembali,” kata pengurs Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply