[PERSPEKTIF] PERMULAAN BURUK SEKAT CITA-CITA ARSENAL

Arsene-Wenger-have-more-choice-for-Arsenal-midfielderSementara itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui permulaan buruk The Gunners diawal musim menjadi faktor Arsenal gagal untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini. Skuad bimbingan Arsene Wenger hanya berjaya meraih 17 mata daripda 12 perlawanan awal liga musim ini sebelum bangkit mencatatkan 8 kemenangan berturut-turut sejak 10 Februari lalu.

“Saya percaya, pada separuh masa pertama kami telah menunjukan aksi yang hebat. Kami tidak dapat menamatkan perlawnan dengan kami membina pasukan kerana kami kekurangan sesuatu di kawasan final pass, dan keputusan akhir,” kata Wenger menerusi laman rasmi Arsenal.

Arsenal-goal-celebration-2015“Secara keseluruhan, pasukan kami berada di tahap terbaikĀ  dan kami sedikit kecewa kerana gagal menjaringkan gol di sini. Tidak menjaringkan gol membawa maksud anda harus pulang kerus dan berfikir, ‘Apa yang berlaku’?

“Adakah kami menyalahkan kualiti bertahan Chelsea? Adakah kami menyalahkan tentang fakta di mana kami kurang tajam di kawasan final third. Mungkin kedua-duanya?”

“Anda boleh lihat di mana tidak terlalu banyak perbezaan (antara kedua-dua pasukan). Kami kehilangan pada awal musim ini – selepas 6 perlawanan kami hanya menang satu dan Chelsea sudah memenangi 5 atau 6 mata di hadapan. Ini telah mempengaruhi persaingan ini,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply