[PERSPEKTIF] PENYOKONG KUNCI KEJAYAAN KAMI – KOSCIELNY

Pertahanan Perancis, Laurent Koscielny berpendapat bahawa penyokong-penyokong Arsenal merupakan kunci utama kejayaan pasukan. Arsenal kini berada dikedudukan ketiga liga dengan berkongsi 70 mata denagn Manchester City namun masih kurang satu perlawanan. Skuad bimbingan Arsene Wenger juga bakal melangkah ke perlawanan akhir Piala FA menentang Aston Villa dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Arsenal kini memiliki rekod kehadiran penyokong kedua tertinggi di pentas Liga Perdana Inggeris selepas Manchester United musim ini. Malah kehadiran lebih 9000 penyokong ketika kunjungan ke Old Trafford pada aksi suku akhir Piala FA pada Mac lalu antara salah satu bukti sokongan padu penyokong The Gunners. Lantaran itu, Koscielny mengakui bahawa sokongan penyokong berjaya membantu pemain-pemain di atas padang.

“Sepanjang musim, anda tidak mungkin beraksi baik seetiap masa setiap 90 minit perlawanan,” kata Koscielny kepada Arsenal Player baru-baru ini.

“Kadang kala anda keletihan atau lawan anda lebih bagus daripada anda. Jadi, saya rasa itu sangat penting (untuk penyokong) berada di belakang kami kerana kami memerlukan sokongan daripada mereka.”“Ketika anda memiliki penyokong-penyokong yang menyanyi  untuk tempoh 20 minit di mana anda tahu anda berada dalam situasi sukar. Itu sangat bagus untuk didengar dan membantu anda untuk memberikan persembahan yang lebih baik.””Ianya menbantu anda untuk bertahan dan membantu rakan-rakan sepasukan. Ini sangat penting – penyokong adalah sebahagian besar (daripada kejayaan) untuk kami dan keputusan akhir,” kata pertahanan kental Perancis itu lagi.Laurent Kosciely telah melakukan penampilan ke-200 bersama Arsenal ketika turun menentang Hull City Selasa lalu. Pertahanan tengah berusia 29 tahun itu menyertai The Gunners pada 7 Julai 2010 dari kelab Ligue 1, FC Lorient dengan yuran perpindahan sebanyak £8.45 juta.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply