[KOMENTAR] MESUT OZIL PEMAIN YANG LUAR BIASA – KAKA

Bekas bintang Brazil, Kaka mengakui dirinya sangat kagum dengan prestasi semasa yang dipamerkan oleh tonggak tengah Jerman, Mesut Ozil. Pujian itu susulan peningkatan prestasi yang dipamerkan oleh pemain tengah berusia 26 tahun itu sejak menyertai The Gunners pada September 2013. Terdahulu, Ozil dikiritk hebat lantaran gagal memberi impak besar kepada Arsenal dan sering dibelenggu dengan masalah kecederaan.

Namun, kepulangan pemain tengah Jerman itu pada Januari lalu berjaya memacu Arsenal mendaki ke kedudukan kedua liga serta membantu The Gunners mara ke perlawanan akhir Piala FA 2015. Kaka dan Ozil pernah bergandingan bersama-sama di Santiago Bernabue dari 2011 hingga 2013. Malah, Kaka yang pernah memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun 2007 itu berpendapat bahawa Ozil layak untuk menerima anugerah tersebut suatu hari nanti

Mesut-Ozil-vs-Borussia-Dortmund-2013“Dia (Ozil) seorang pemain yang hebat. Dia cukup bijak, cukup pintar. Waktu kami beraksi bersama-sama sangat luar biasa. Kami mempunyai hubungan yang bagik dalam dan di luar padang,” kata Kaka yang kini beraksi bersama kelab MLS, Orlando City SC.

“Dia boleh melakukan banyak perkara di Arsenal (tetapi) untuk memenangi Ballon d’Or tidak seharus bergantung kepada dia. Ia turut bergantung kepada banyak aspek. Anda perlu memenangi banyak piala sebelum menerima anugerah ini.”

This entry was posted in Komentar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply