[INFO] 10 GAJI TERMAHAL PEMAIN ARSENAL BAGI TAHUN 2014

boxing-day-2012-arsenal-vs-west-ham-united-posponedMeskipun Arsenal merupakan kelab bola sepak terkaya di dunia namun sistem gaji pemain-pemainnya tidak setinggi kelab bola sepak seperti Real Madird, Manchester United, Barcelona, Bayern Munich, Chelsea, Manchester City dan sebagainya. Lantaran itu, jurang gaji antara pemain-pemain Arsenal tidak ketara seperti kelab-kelab utama Eropah yang lain. Berikut merupakan senarai 10 pemain yang menerima gaji termahal di Arsenal.

1-MESUT OZIL (£140,00 seminggu)

Mesut-Ozil-goal-vs-Liverpool-2015Pemain tengah Jerman berusia 27 tahun ini juga merupakan pemain termahal Arsenal yang ditandatangani dari kelab Sepanyol, Real Madrid dengan yuran perpindahan dianggarkan sebanyak £42.5 juta pada musim panas 2013. Mesut Ozil masih memiliki kontrak bersama The Gunners sehingga musim panas 2018.

2-ALEXIS SANCHEZ (£140,00 seminggu)

Penyerang antarabangsa Chile berusia 26 tahun ini turut berkongsi kedudukan dengan Mesut Ozil selaku pemain yang menerima gaji tertinggi di Arsenal. Alexis Sanchez menyertai The Gunners dari kelab Sepanyol, Barcelona pada 10 Julai 2014 dengan menandatangani kontrak selama 4 tahun sehingga 2018.

3-OLIVIER GIROUD (£100,00 seminggu)

Olivier-Giroud-goal-vs-Man-City-2014Penyerang Perancis berusia 28 tahun ini mencipta kejutan apabila berada dikedudukan ketiga senarai pemain yang menerima gaji tertinggi di Arsenal. Olivier Giroud yang tiba di Arsenal dari kelan Perancis, Montpellier pada 26 Jun 2012 menerima £100,000 seminggu dengan kontrak masih berbaki sehingga musim panas 2016.

4-THEO WALCOTT (£100,00 seminggu)

Walcott-goal-vs-Aston-Villa-2015Meskipun berehat panjang akibat kecederaan lutut yang serius namun Theo Walcott masih merupakan pemain keempat yang menerima gaji tertinggi di Arsenal. Pemain sayap England berusia 26 tahun ini menerima £100,00 seminggu dengan memiliki kontrak bersama The Gunners sehingga musim panas 2016.

5-LUKAS PODOLSKI (£95,000 seminggu)

Lukas-Podolski-Arsenal-2014Walaupun gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Gunners, Lukas Podolski merupakan antara pemain yang menerima gaji termahal di Arsenal. Penyerang antarabangsa Jerman berusia 30 tahun yang kini dipinjamkan ke Inter Milan memiliki baki kontrak sehingga musim panas 2016.

6-SANTI CAZORLA (£90,000 seminggu)

Selaku antara pemain terbaik di Arsenal, Santi Cazorla merupakan antara pemain yang meneri gaji tertinggi di Arsenal sejak menyertai The Gunners pada musim panas 2012. Pemain tengah Sepanyol berusia 30 tahun ini masih memiliki kontrak sehingga tahun 2016 dengan menerima £90,000 seminggu.

7-JACK WILSHERE (£90,000 seminggu)

Jack-Wilshere-goal-vs-Man-City-2014Pemain muda England berusia 23 tahun ini merupakan antara prospek masa depan Arsenal menerima gaji keenam tertinggi berkonsi kedudukan dengan Santi Cazorla. Jack Wilshere menerima gaji sebanyak £90,000 seminggu dengan memiliki kontrak jangkamasa panjang bersama The Gunners sehingga musim panas 2018.

8-TOMAS ROSICKY (£85,000 seminggu)

Tomas Rosicky-Arsenal-2015Tampil selaku antara pemain yang paling lama beraksi bersama Arsenal sejak tiba dari Borussia Dortmund pada 23 Mei 2006, Tomas Rosicky merupakan pemain kelapan yang menerima gaji tertinggi di Arsenal. Kapten skuad kebangsaan Republik Czech berusia 34 tahun ini menerima gaji sebanyak £85,000 seminggu dengan kontrak bakal berakhir pada musim panas 2016.

9-MIKEL ARTETA (£80,000 seminggu)

Kapten Arsenal ini turut menerima antara gaji tertinggi di Arsenal sejak menyertai The Gunners dari Everton pada 31 Ogos 2011. Pemain tengah kelahiran Sepanyol yang berusia 33 tahun ini menerima gaji sebanyak £80,000 seminggu namun kontraknya bakal berakhir hujung musim ini.

10-AARON RAMSEY (£80,000 seminggu)

Aaron-Ramsey-vs-Borussia-Dortmund-2014Tampil selaku pemain terbaik Arsenal musim lalu termasuk menjaringkan gol kemenangan ketika menjulang kejuaraan Piala FA 2014, Aaron Ramsey turut menerima antara gaji termahal di Arsenal. Pemain tengah versetail berusia 24 tahun ini menerima gaji sebanyak £80,000 seminggu dengan memiliki kontrak jangkamasa panjang sehingga musim panas 2018.

Incoming search terms:

  • senarai gaji pemain arsenal
This entry was posted in Informasi and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply