[CORETAN] GABRIEL HAMPIR TINGGALKAN ARENA BOLA SEPAK

Gabriel-Paulista-vs-Reading-2015Pertahanan Brazil, Gabriel Paulista mendedahkan impiannya untuk menjadi seorang pemain bola sepak professional hampir terkubur lantaran gagal sesi percubaan bersama Gremio dan Santos. Pertahanan berusia 24 tahun itu menyertai The Gunners dari kelab Sepanyol, Villareal pada 26 Januari lalu. Namun, Gabriel berjaya mencuri perhatian pencari-pencari bakat ketika peluang terakhir pada kejohanan bola sepak remaja di Brazil.

“Ianya berlaku semasa Copa Sao Paulo, satu kejohanan yang terkenal untuk pemain-pemain muda di Brazil,” kata Gabriel kepada Arsenal Player baru-baru ini.

“Saya bermain bersama Taboao da Serra dan Vitoria berada dalam kumpulan yang sama. Kami gagal melepas saingan peringkat kumpulan tetapi persembahan saya cukup memberansangkan.”

Gabriel-Paulista-played-with-Villareal-1

“Vitoria memanggil saya untuk menjalani sesi ujian di Salvador. Terima kasih kepada Tuhan, selepas itu semuanya berjalan lancar. Saya mendapat 3 bulan percubaan. Bulan pertama cukup mudah kerana saya mencari sesuatu yang baru.”

“Tetapi masa berlalu dan saya tidak pernah menerima sebarang maklum balas dan kemudiannya segalanya menjadi sedikit rumit. Saya tidak mempunyai wangan untuk melakukan perkara mudah seperti keluar bersama kawan-kawan.’

“Ketika itu, saya terfikir untuk menarik diri kerana saya sering keseorangan tetapi saya mengatakan kepada diri saya berulang-ulang kali ‘Ini adalah impian saya, saya perlu berusaha lebih kuat lagi. dengan kaki ini, saya akan berjaya dalam karier saya.’

“Saya tidak pernah membayangkan untuk bermain di England tetapi kami mengharungi perlawanan pra-musim di sini. Ketika itu, saya mula melihat bola sepak Inggeris dengan lebih dekat dan saya mahu menyertai Liga Perdana Inggeris.”

“Saya telah bercakap dengan agen saya dan kami mengadakan sedikit perbincangan tentang keinginan saya untuk menyertai kelab Inggeris. Sebulan kemudian, tawaran ini datang dan ianya sangat mengembirakan saya. Segalanya tampak baik,” kata Gabriel lagi.

Gabriel Paulista memulakan karier awal bersama kelab tempatan, Taboao da Serra sebelum menyertai Vitoria pada 2009. Bersama Vitoria, pemain kelahiran Sao Paulo itu melakukan 77 penampilan sebelum berhijrah ke La Liga untuk menyertai Villareal pada 15 Ogos 2013 dengan yuran perpindahan sebanyak £2.9 juta. Gabriel telah beraksi selama dua musim dengan melakukan 50 penampilan bersama The Yellow Submarine.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply