[BULETIN] MESUT OZIL PEMAIN TERBAIK BULAN APRIL

Mesut-Ozil-goal-vs-Liverpool-2015Bintang tengah Jerman, Mesut Ozil berjaya merangkul anugerah Pemain Terbaik Arsenal Vitality bagi bulan April. Ini merupakan kejayaan kedua selepas menerima anugerah yang sama pada bulan Februari lalu. Sepanjang bulan lalu, Ozil cemerlang membantu Arsenal mencatatkan 3 kemenangan dan satu seri dalam 4 perlawanan dengan menjaringkan 1 gol dan mencipta 2 assist.

Mesut Ozil memulakan saingan bulan April dengan membantu The Gunners menewaskan Liverpool 4-1 di Stadium Emirates termasuk menjaringkan gol cantik menerusi sepakan percuma. Tonggak tengah berusia 26 tahun ini turut cemerlang membantu Arsenal mara ke perlawanan akhir Piala FA menewaskan Reading 2-1 pada aksi separuh akhir dengan mencipta 2 assist buat Alexis Sanchez.

Pemain kelahiran Gelsenkirchen, Jerman ini menerima 36% undian mengatasi penyerang sensasi Chile, Alexis Sanchez yang menerima 25% undian di tempat kedua. Pemain muda Perancis, Francis Coquelin pula menduduki tempat ketiga dengan 18.2% undian. Pemilihan ini dibuat berdasarkan undian penyokong-penyokong The Gunners menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.

Alexis-Sanchez-celebrate-vs-Hull-CitySementara itu, jaringan Alexis Sanchez ketika menentang Liverpool telah dipilih selaku Gol Terbaik Arsenal bagi bulan April. Penyerang antarabangsa Chile itu menerima umpanan daripada Ramsey dan melepasi kawalan 2 pertahanan lawan sebelum melepas satu rembatan kencang menewas penjaga gol Liverpool. Gol tersebut menerima 45% undian mengatasi gol Mesut Ozil dan Hector Bellerin.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply