[BULETIN] COQUELIN MARAH DENGAN TINDAKAN WENGER

Coquelin-vs-Leicester-City-Premier-LeaguePengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui hubungan dengan pemain tengahnya, Francis Coquelin sedikit tegang beberapa bulan lalu. Pemain tengah berusia 23 tahun itu marah dengan tindakan Arsene Wenger memanggilnya pulang dari tempoh pinjaman bersama Charlton Athletic. Namun, kepulangan Coquelin memberi tonik baru buat Arsenal apabila berjaya mencatatkan 13 kemenangan daripada 16 perlawanan setakat ini.

Francis Coquelin menyertai The Gunners dari kelab Perancis, Stade Lavallois pada Julai 2008. Pemain kelahiran Laval, Perancis hanya bermula 26 kali sebelum dipinjamkan ke Charlton Athletic November lalu. Namun, kecederaan yang menimpa Mikel Arteta dan Mathiue Flamini menyaksikan Coquelin dipanggil pulang daripada tempoh pinjaman, di mana dia telah berada dalam skuad utama sebanyak 21 dalam 26 perlawanan terakhir.

“Saya menjelaskan kepada dia (Coquelin) di mana saya sukan potensinya sebagai pemain ‘ball-winning’ berbanding sebagai ‘playmaker’. Jadi, saya menghantar dia sebagai pemain pinjaman ke Perancis untuk mendapatkan pengalaman. Dia bermain tidak meyakinkan dengan peranan box-to-box midifelder,” kata Wenger laman rasmi Arsenal.com.

“Ketika dia berada di Charlton, saya telah menghantar seseorang untuk memantau perkembangannya. Laporan cukup positif dan saya memanggilnya pulang selepas 5 minggu tetapi dia tidak gembira. Saya berkata kepadanya, ‘Mengapa kamu tidak gembira’ dan dia menjawap ‘Saya bermain secara kerap bersama Charlton dan anda memanggil saya pulang sebagai pemain back-up bukannya untuk memberikan peluang saya bermain’.

Francis-Coquelin-vs-QPR-2015“Kami bersama dalam perlawanan pertama tetapi saya tidak meletakannya dalam kesebelasan utama. Kemudian, kami berkunjung ke West Ham United dan saya memulakannya dalam skuad. Dia sangat terkejut kerana ketika kami bermain di laman sendiri saya tidak meletakannya dalam kesebelasan utama¬† tetapi¬† saya melalukannya di tempat lawanan menentang West Ham.”

“Sejak dari itu, dia tidak terkeluar dari skuad kerana dia beraksi mantap selaku pemain ‘ball winning’ dan memanfaatkan dengan baik. Apa yang mengejutkan adalah dia sangat bagus di udara kerana dia bagus dalam lompatan.”

“Saya selalu mengingatkannya dia bahawa kami telah mengharungi tempoh sukar untuk jangka masa panjang dan saya berkata kepadanya supaya tidak melupakan siapa dirinya yang sebenar. Itulah contoh yang hebat kepada pemain-pemain muda kerana dia membina karier dengan kualiti yang dominan.”

“Dia merupakan teladan yang baik tetapi contoh yang lain ialah ketika dia tiba ketika berusia 17 tahun dan dia berjaya melakukannya ketika berusia 24 tahun. Ini sesuatu yang sukar dipercayai betapa sabar dan berfikiran terbuka yang dimilikinya,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to [BULETIN] COQUELIN MARAH DENGAN TINDAKAN WENGER

  1. topo says:

    ayat-ayat dalam post kali ini agak tunggang terbalik sikit bro.. post-post sebelum ni ok je

Leave a Reply