[PERSPEKTIF] BELLERIN MAHU KEMBALI MENJADI PEMAIN SAYAP

Hector-Bellerin-v-Eden-Hazard-2015Bintang muda Arsenal, Hector Bellerin mengakui bahawa karier awalnya selaku pemain sayap banyak membantu dirinya menyinar selaku pemain posisi bek kanan. Pemain kelahiran Sepanyol berusia 20 tahun itu menampilkan debut musim yang cemerlang bersama The Gunners dan turut dipilih sebagai ‘Man of the Match’ dalam perlawanan menentang Chelsea hujung minggu lalu ekoran kejayaannya merantai pemain lincah, Eden Hazard.

“Sebagai mana yang anda tahu, saya diguna sebagai seorang pemain sayap sebelum ini. Jadi, saya lebih suka untuk menyerang. Itu merupakan sesuatu yang menarik tentang permainan saya,” kata Bellerin kepada Arsenal Player.

“Saya hanya mahu membantu pasukan di kedua-dua posisi di atas padang dan saya rasa saya berjaya melakuaknnya. Ia merupakan satu perlawanan besar, satu perlawanan yang sukar. Kami terpaksa bangkit kerana (Chelsea) mempunyai pasukan benar-benar baik dan mereka telah menunjukkan bahawa sepanjang musim.

Arsenal-celebrate-goal-vs-Liverpool-2015“Kami berada di landasan terbaikjadi kami tahu ia akan menjadi sukar. Kami tidak mempunyai banyak peluang pada separuh masa kedua tetapi pasukan benar-benar bekerja keras. kami berjaya mengyekat mereka dan bertahan dengan baik ketika serangan balas mereka.”

“Kita mungkin lebih berhak sedikit (untuk menang) kerana kita mempunyai beberapa peluang terutamanya pada separuh pertama, tetapi itulah cara permainan berlalu. Kadang-kadang anda menang, kadang-kadang anda tidak berjaya melakukannya dan itulah yang berlaku di sini.”

Hector Bellerin memulakan karier awal selaku pemain saya bersama akademi Barcelona sebelum menyertai Arsenal pada musim panas 2011 dan menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal pada Julai 2013. Pemain kelahiran Sepanyol berusia 20 tahun itu telah mendapat debut dalam skuad utama Arsenal pada 23 September 2013 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika menentang West Bromwich Albion.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply