[PERSPEKTIF] HECTOR BELLERIN GEMBIRA TINGGALKAN BARCELONA

Hector-Bellerin-goal-vs-LiverpoolBintang muda Sepanyol, Hector Bellerin mengakui dirinya tidak mencapai tahap prestasi ketika bersama Arsenal kini andai terus kekal di Barcelona. Bek kanan berusia 20 tahun itu menyertai The Gunners pada musim panas 2011 ketika berusia 18 tahun dari akademi La Masia. Bellerin turun menghamburkan ucapan terima kasih kepada Arsene Wenger kerana memberikan peluang kepadanya untuk beraksi.

Hector Bellerin berjaya menampilkan aksi cemerlang ekoran kecederaan yang menimpa dua bek kanan Arsenal, Mathieu Debuchy dan Calum Chambers apabila mendapatkan debut pada 16 September 2014 yang lalu ketika menentang Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Musim ini, pemain muda kelahiran Barcelona itu telah beraksi dalam 20 perlawanan bersama The Gunners dengan menjaringkan 2 gol setakat ini.

“Ini sesuatu yang bagus untuk saya bermain di tempat sendiri dan memiliki sesuatu. Namun kadang kala anda harus keluar dari zon selesa untuk mencari cabaran baru,” kata Bellerin kepada portal sukan Sepanyol, Marca baru-baru ini.

Hector-Bellerin-debut-vs-Dortmund“Saya telah berada di sini (Arsenal) untuk suatu tempoh yang lama dan berasa seperti berda di tempat sendiri. Tetapi saya masih merindui Sepanyol dan semua keluarga berada di sana.”

“Jika saya masih berada di Barcelona, saya tidak pasti adakah saya mendapat peluang untuk berada di tahap seperti ini. Saya berterima kasih kepada Arsene Wenger . Dia merupakan jurulatih yang telah memberikan peluang yang besar kepada saya,” kata Bellerin lagi.

Hector Bellerin memulakan karier awal bersama akademi La Masia sebelum The Gunners pada musim panas 2011 sebelum menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal pada Julai 2013. Pertahanan kanan berusia 20 tahun itu pernah dipinjamkan ke Watford pada musim 2013-14. Kecemerlangan Bellerin bersama Arsenal musim ini mejadikan dirinya antara pilihan utama Barcelona untuk mengantikan Dani Alves yang kian dimamah usia.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply