[PERPINDAHAN] AS ROMA PANTAU PERKEMBANGAN SZCZESNY

Wojciech-Szczesny-Arsenal-no.1-goalkeeperKelab Itali, AS Roma dilaporkan sedang memantau perkembangan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny bagi mencari penganti kepada penjaga gol veteran, Morgan de Sanctis yang sudah berusia 38 tahun. The Giallorossi berminat untuk mendapatkan penjaga gol Poland itu yang kehilangan kedudukan selaku penjaga gol utama Arsenal kepada David Ospina sejak awal Januari lalu.

Kecemerlangan Ospina berjaya membantu Arsenal mencatatkan 11 kemenangan dalam 12 perlawanan serta merekodkan 6 clean sheet dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini menyukarkan misi Szczesny untuk kembali merampas kedudukan selaku penjaga gol utama The Gunners. Lantaran itu, penjaga gol kelahiran Poland berusia 24 tahun itu bakal menemui pengurus, Arsene Wenger untuk berbincang mengenai masa depannya.

Sementara itu, penjaga gol lagenda Arsenal, David Seaman berharap agar Szczesny terus kekal di Stadiun Emirates dan memanfaatkan persaingan dengan David Ospina untuk mempertingkatkan prestasinya. Kehadiran penjaga gol antarabangsa Columbia itu pada Julai lalu telah memberi persaingan sekaligus menyaksikan Szczesny kehilangan kedudukannya selaku penjaga gol utama Arsenal selepas kekalahan 0-2 kepada Southampton.

Arsenal-goal-keeper-training-2015“Dengan Wojciech, sukar baginya untuknya menjadi penjaga no.2 sekarang setelah mengharungi musim lalu selaku penjaga gol utama dan beraksi cemerlang,” kata Seaman kepada BBC Sport baru-baru ini.

“Tetapi hanya kerana beberapa kesilapan dan Ospina telah beraksi cemerlang di mana dia kehilangan posisinya. Ianya bukan sekadar dalam perlawana tetapi juga semasa sesi latihan untuk dia (Szczesny) beraksi lebih baik.”

“Penjaga gol akan berlatih bersama-sama dan anda harus melihat pemain lain dan berfikir ‘Saya mahu menjadi lebih baik daripada dia’ atau ‘Saya mahu membuktikan betapa bagusnya saya’. Itu yang seharusnya terjadi dan akan membuatkan prestasi anda semakin meningkat sehnigga anda kembali menjadi penjaga gol utama,” kata Seaman lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply