[KOMENTAR] FABREGAS GEMBIRA PULANG KE STADIUM EMIRATES

Mesut-Ozil-vs-Chelsea-2014Bekas skipper Arsenal, Cesc Fabregas membuat kepulangan semula ke Stadium Emirates bersama pasukan barunya, Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu. Playmaker berusia 27 tahun itu meninggalkan Arsenal pada 15 Ogos 2011 untuk menyertai kelab remajanya, Barcelona dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai €34 juta sebelum menyertai The Blues pada musim panas lalu.

Fabregas memulakan karier awal bersama akademi La Masia sebelum menyertai Arsenal pada 11 September 2003 ketika berusia 16 tahun. Bersama Arsenal, anak kelahiran Arenys der Mar, Sepanyol ini mula mencipta nama nama dengan beraksi dalam 303 perlawanan dengan menjaringkan 57 gol. Lantaran itu, Fabregas mengakui kepulangannya ke Arsenal mengamit pelbagai memori sewaktu menyarung jersi The Gunners menerusi akaun twitter rasminya.

“Hari yang mengamit terlalu banyak memori. Satu perlawanan yang bagus, kawan-kawan,” nukil Fabrgeas selepas tamat perlawanan menentang Arsenal hujung minggu lalu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates hujung minggu lalu menjadi detik bermakna buat Farbegas apabila mendapat standing ovation dan sorakan daripada sebahagian penyokong-penyokong Arsenal. Bekas skipper The Gunners itu turut membalas tepukan daripada penyokong-penyokong Arsenal ketika dikeluarkan pada minit ke-90.

“Saya tidak menafikan bahawa ini adalah hari yang istimewa untuk saya. Semalam saya memikir tentang banya detik-detik indan dan saya gembira tentangnya,” kata Fabregas kepada BBC Sport.

“Digantikan pada minit-minit akhir perlawanan dan merasakan kasih sayang daripada penyokong Arsenal memberi banyak erti kepada saya. Saya bersyukur dengan kehidupan yang mereka pernah berikan kepada saya.”

“Sebahagian penyokong kecewa dengan alasan-alasan saya meninggalkan kelab (Arsenal) tetapi saya berterima kasih selamannya,” kata pemain tengah berusia 28 tahun itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply