[KOMENTAR] CESC FABREGAS MAHU TEWASKAN ARSENAL

Alexis-Sanchez-vs-Cesc-Fabregas-2014Menjelang pertemuan penting hujung minggu ini, Cesc Fabregas berharap pasukannya akan menewaskan Arsenal bagi mengukuhkan cengkaman di persada Liga Perdana Inggeris. Tonggak tengah Chelsea berusia 27 tahun itu pernah beraksi bersama The Gunners untuk tempoh 8 musim dengan melakukan 303 penampilan sebelum menyertai Barcelona pada musim panas 2011.

Fabregas kemudiannnya menyertai The Blues pada musim panas lalu dari Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak €33 juta. Musim ini, playmaker kelahiran Sepanyol itu telah beraksi dalam 29 perlawanan liga dengan menjaringkan 3 gol dan mencipta 16 assist untuk membantu skuad bimbingan Jose Mourinho gah di persada Liga Perdana Inggeris dengan 10 mata mengatasi yang berada di kedudukan kedua.

“Kami hanya mahu memenanginya (perlawanan menentang Arsenal),” kata Fabregas kepada menerusi laman rasmi Chelseafc.com.

“Kami mahu memberi kegembiraan kepada penyokong-penyokong. Sudah lima tahun kami tidak memenangi kejuaraan Liga perdana Inggeris. Bagi saya yang sudah berusia 27 tahun ini, saya sangat gembira untuk memenangi secepat mungkin.”

Mesut-Ozil-vs-Chelsea-2014Kemenangan ke atas Arsenal hujung ini bakal menjarakan kedudukan sekaligus mencerahkan peluang Chelsea untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Namun, skuad bimbingan Arsene Wenger kini berada di landasan terbaik dengan mencatatkan 8 kemenangan berturut-turut dalam saingan liga sejak 10 Februari lalu. Meskipun skuara, namun Fabregas tetap yakin dengan pasukannya untuk menewaskan The Gunners.

“Ianya satu perlawanan sukar. Kami cukup bersedia kini, kami berada 10 mata di depan dan kami tidak mahu memberi harapan kepada mereka yang sekaligus memberi tekanan kepada kami. Kami perlu memberikan yang terbaik kerana kami thau perlawanan di Emirates sememangnya sukar,” kata Fabregas lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply