[KOMENTAR] ARSENAL HARUS DAPATKAN 4 PEMAIN BERKUALITI – HENRY

Mesut-Ozil-Alexis-Sanchez-2014Penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry berpendapat bahawa bekas kelabnya itu harus menandatangani empat lagi pemain berkualiti pada jendela perpindahan musim panas ini jika mahu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Terbaru, Arsenal gagal untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga apabila diikat seri 0-0 di Stadium Emirates oleh skuad bimbingan Jose Mourinho semalam.

The Gunners kini berada dikedudukan ketiga liga, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga dengan berbaki 5 perlawanan musim ini. Thierry Henry mahu Arsenal mencontohi Chelsea yang membawa masuk pemain berkualiti termasuk Diego Costa dan Cesc Fabregas serta membawa pulang penjaga gol berbakat, Thibaut Courtois jika mahu menamatkan kemarau kejuaraan liga sejak kali terakhir menjulang pada musim 2003-04.

“Arsenal perlu membeli empat pemain lagi, mereka sangat memerlukannya,” kata Henry menrusi rancangan Super Sunday semalam.

Arsenal-vs-Chelsea-2015“Mereka (Arsenal) memerlukan penjaga gol, mereka masih memerlukan pertahanan tengah. Mereka juga memerlukan ‘holding midfielder’ dan saya khuatir mereka memerlukan seoang penyerang yang berkualiti jika mahu memenangi liga kembali.”

“Bagi saya, contoh terbaik adalah Chelsea . Mereka sukar untuk memenangi liga musim lalu dan masih bersaing untuk memenangi liga. Kini, mereka memiliki (Thibaut) Courtois, (Nemanja) Matic, Cesc (Fabregas) and Diego Costa.”

“Bagi saya, itu telah membuktikan banyak perkara dan kita dapat melihat hari ini. Sebuah pasukan yang gagal melakukannya dan sebuah pasukan melakukan. Dan Chelsea akan menjuarai liga (musim ini),” kata lagenda Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply