[PERSPEKTIF] DANNY WELBECK KECEWA DENGAN ARSENAL

Danny-Welbeck-celebrate-agianst-GalatasarayDanny Welbeck mengakui dirinya kecewa pada musim pertama  bersama Arsenal lantaran gagal menjaringkan banyak gol untuk The Gunners. Penyerang berusia 24 tahun itu menyertai Arsenal daripada Manchester United pada 2 September 2014 dengan yuran perpindahan sebanyak  £16 juta. Musim ini, Welbeck hanya menjaringkan 8 gol dalam 34 penampilan bersama The Gunners dan berharap dapat meledak lebih banyak gol musim hadapan.

Anak kelahiran Longsight, Manchester ini mula melakar nama pada 1998 ketika berusia 8 tahun dengan menyertai akademi Manchester United. Ketibaan Angel di Maria dan Radamel Falcao menyaksikan terpaksa mencari haluan baru dengan berhijrah ke Arsenal. Welbeck mengakui dirinya sudah berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di kota London yang dirasakan seperti kampung halamannya sendiri.

“Saya sedikit tidak gembira dengan jaringan saya bersama kelab (Arsenal) tetapi sesuatu yang saya tahu lebih banyak (gol) akan hadir pada masa akan datang,” kata Welbeck baru-baru ini.

Arsenal-goal-celebration-2015“Saya sangat pasti dengan penuh harapan lebih banyak gol akan tiba. Saya tidak berada di prestasi terbaik di mana saya gagal untuk menjaringkan gol. Dan jika saya memilikinya, itu sesuatu yang berbeza.”

“Saya gembira dengan perpindahan ke Arsena dan saya fikir lebih banyak kebaikan untuk saya pada masa akan datang. Keitka saya tidak menyewa (kediaman) dan saya sudah membeli kediaman yang saya rasa seperti kampung halaman saya.”

“Saya semakin menyesuaikan diri dengan London kini yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan Manchester. Saya membesar di Manchester jadi saya mengenali ramai orang di sana. Dan di London, saya dan rakan saya hanya bahagian kecil dari kota ini. Manchester lebih kecil tetapi London kota yang indah.”

“Saya mahu memenangi kejuaraan, jadi saya cukup teruja untuk menghadapi perlawanan akhir Piala FA pertama saya dan saya mahu terus memandang ke hadapan. Tetapi kami memiliki sesuatu penting dalam perlawanan dari sekarang hingga ke penghujung musim untuk lebih fokus,” kata Welbeck lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply