[CORETAN] IBU ADALAH SUMBER INSPIRASI SAYA – ALEXIS

Alexis-Sanchez-celebrate-vs-Hull-CityBintang antarabangsa Chile, Alexis Sanchez mengakui bahawa ibunya merupakan sumber inspirasi dalam kariernya sebagai pemain bola sepak. Penyerang berusia 26 tahun itu telah beraksi dalam dua Piala Dunia dan memenangi beberapa kejuaraan utama selain berjaya membantu Arsenal mara ke perlawanan akhir Piala FA 2015. Lantaran itu, Alexis mengakui bahawa dirinya tidak mampu mencapai sesuatu pencapaian tanpa sokongan ibunya.

“Ibu saya merupakan idola utama saya. ketika saya tidak mempunyai but bola di mana ibu saya tidak mempunyai wang untuk membelinya,” kata Alexis kepada Arsenal Player baru-baru ini.

“Saya merayu kepadanya untuk membeli but bola sepak baru tetapi ibu saya tidak mampu membayarnya. Ketika itu saya merupakan pemain utama untuk pasukan bola sepak Arauco. Ibu saya telah pergi ke pejabat Majlis Perbandaran Arauco untuk memohon bantuan kewangan daripada Datuk Bandar untuk membelikan but bola baru untuk saya.”

“Saya tidak menyedari usahanya sehingga pada suatu malam van penghantaran telah berhenti di hadapan rumah saya dan menghantar but bola sepak baru untuk saya. Saya mula menanam impian dan bermain bola sepak jalanan. Saya sangat gembrira mendapat but bola sepak baru.”

Alexis-Sanchez-Chile-v-Spain-2014Alexis Sanchez memulakan karier awala bersama kelab tempatan, Cobreloa sebelum menyertai Udinese pada 21 April 2006 dengan yuran perpindahan sebanyak £1.7 juta. Bersama The Bianconeri, penyerang Chile itu telah beraksi dalam 112 penampilan dengan menjaringkan 21 gol. Pemain kelahiran Tocopilla kemudianya menyertai Barcelona pada 20 Julai 2011 dengan yuran perpindahan sebanyak £25 juta.

Alexis telah beraksi dalam 141 perlawanan dengan menjaringkan 47 gol bersama The Catalan dengan membantu menjulang satu kejuaraan La Liga (2012-13), satu Copa del Rey (2011-12), dua Piala Super Sepanyol (2011,2013), satu Piala Super Eropah (2011) dan satu Piala Dunia Kelab FIFA (2011). Penyerang berusia 26 tahun ini kemudiannya menyerta Arsenal pada 10 Julai 2014 dengan yuran perpindahan sebanyak £35 juta.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply