[CORETAN] COQUELIN MAHU IKUT JEJAK CEMERLANG VIEIRA

Francis-Coquelin-vs-QPR-2015Bintang muda Perancis, Francis Coquelin melaungkan tekadnya untuk jadi penganti kepada lagenda Arsenal, Patrick Vieira bagi mengemudi bahagian tengah skuad bimbingan Arsene Wenger. Pemain kelahiran Perancis berusia 23 tahun itu dipanggil pulang daripada tempoh pinjaman bersama Charlton Athletic pada Disember lalu. Kehadiran Coquelin berjaya membantu The Gunners mencatatkan 19 kemenangan daripada 22 perlawanan musim ini.

“Saya tidak mengatakan kepada anda yang (saya mirip seperti Vieira) namun sejujurnya saya mahu menjadi seperti dia,” kata Coquelin ketika ditemubual oleh BT Sport baru-baru ini.

“Tetapi melihat kepada prestasi saya setiap minggu, saya mahu terus memberikan yang terbaik dan berharap dapat kekal konsisten saya untuk tempoh masa yang lebih lama.”

“Sebagai pemain kelahiran Perancis, sudah tentu saya menjadikan dia sebagai sumber inspirasi saya. Namun jika ada nama yang lain, Lassana Diarra adalah pemain yang saya sukai walau tidak lama bertahan di Arsenal. Saya rasa kami memliki sedikit persamaan.”

Francis-Coquelin-vs-Liverpool-2015“Kadang kala, anda mendapat kebaikan daripada masalah kecederaan yang berlaku dan itu yang berlaku kepada saya. Saya sentiasa yakin dan percaya dengan diri saya. Saya hanya memerlukan peluang.”

“Dan apabila saya mendapat peluang kerana kecederaan pemain lain, saya terus merebutnya dengan kedua-dua tangan saya dan melakukan yang terbaik. Saya berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasukan,” kata pemain berusia 23 tahun itu lagi.

Francis Coquelin menyertai The Gunners dari kelab Perancis, Stade Lavallois pada Julai 2008 ketika berusia 17 tahun. Pemain kelahiran Laval, Perancis ini mendapat debut bersama skuad utama Arsenal pada 23 September 2008 ketika menewaskan Sheffield United. Coquelin pernah menghabiskan tempoh pinjaman bersama FC Lorient (2010-11), SC Freiburg (2013-14) dan Charlton Athletic (2014) sebelum dipanggil pulang ekoran kecederaan yang menimpa Mikel Arteta dan Mathieu Flamini.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply