[CORETAN] ALEXIS SANCHEZ GEMBIRA KEHIDUPAN DI ARSENAL

Alexis-Sanchez-Arsenal-2014Bintang antarabangsa Chile, Alexis Sanchez mengakui dirinya cukup selesa dengan kehidupan baru di kota London sejak berpindah dari Barcelona ke Arsenal pada musim panas lalu dengan yuran perpindahan sebanyak £32.5 juta. Penyerang berusia 26 tahun itu pantas menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga perdana Inggeris apabila menjaringkan 21 gol dan mencipta 9 assist dalam 37 perlawanan bersama The Gunners musim ini.

“Saya sukakan London, saya pantas menyesuaikan diri. Saya sangat selesa di Arsenal,” kata Alexis ketika ditemuramah oleh beIN Sports baru-baru ini.

“Setiap hari, kota ini cukup indah dan membantu saya menjadi pemain yang lebih baik. Saya sangat gembira di Arsenal. Semua rakan-rakan seperjuangan saya mahu memenangi kejuaraan.”

“Saya mahu memulakan pengembaraan saya di sini. Kini, saya mahu terus belajar tentang bola sepak  dari rakan-rakan saya. Saya mahu lebih mengetahui mengenai kelab dan liga ini. Saya sukakan bola sepak Inggeris. Anda boleh lihat bagaimana kami berubah,” kata penyerang berusia 26 tahun itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply