[BULETIN] PENYOKONG BARCELONA MAHU HECTOR BELLERIN KEMBALI

Hector-Bellerin-debut-vs-DortmundKecemerlangan Hector Bellerin bersama Arsenal musim ini kembali menarik minat Barcelona untuk mendapatkan kembali bek kanan muda Sepanyol itu sebagai pelapis kepada Dani Alves. Pertahanan kanan berusia 20 tahun itu merupakan produk akademi La Masia sebelum menyertai Arsenal pada musim panas 2011 ketika berusia 16 tahun dengan bayaran pepindahan sebanyak £500,000 sebelum menandatangani kontrak profesional pada Julai 2013.

Bellerin mendapat peluang beraksi dalam kesebelasan utama The Gunners ekoran kecederaan yang menimpa Mathiue Debuchy dan Calum Chambers. Musim ini bek kanan Sepanyol itu telah beraksi dalam 21 perlawanan dengan menjaringkan 2 gol setakat ini. Meskipun segelintir penyokong Barcelona mahu dirinya kembali ke Nou Camp namun Bellerin mengakui dirinya gembira dengan kehidupan di Arsenal dan enggan terlalu memikirkan tentang masa depannya.

“Saya gembira sahaja di Arsenal dan saya tidak terlalu memikirkan mengenai masa depan saya. Arsenal telah memberikan segala-galanya dan menjadikan saya pemain yang hebat. Saya berterima kasih kepada pihak yang bercakap mengenai saya tetapi ini hanyalah satu permulaan,” ungkap Bellerin baru-baru ini.

Menurut undian yang dilakukan oleh penerbitan Sepanyol, Sport mendapati Hector Bellerin memperolehi 12% undian namun penyokong berpendapat bahawa Dani Alves akan melanjutkan kontraknya bersama Barcelona dengan mendapat 62%. Kontrak bek kanan Brazil berusia 31 tahun bakal berakhir hujung musim ini dengan PSG dan manchester United berminat mendapatkan khidmatnya.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply