[BULETIN] COQUELIN, GABRIEL BERI MASALAH KEPADA WENGER

Francis-Coquelin-vs-Man-City-2015Kecemerlangan yang dipamerkan oleh pemain tengah, Francis Coquelin dan pertahanan kental, Gabriel Paulista mengundang masalah buat pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Pengurus kelahiran Perancis mengakui berada dalam dilema dan berdepan masalah untuk memilih kesebelasan terbaik The Gunners. Arsenal yang berada di kedudukan kedua liga musim ini bakal turun menentang Reading pada aksi separuh akhir Piala FA malam ini.

Francis Coquelin terpaksa dipanggil pulang dari tempoh pinjaman bersama Charlton Athletic ekoran kecederaan yang menimpa Mikel Arteta dan Mathieu Flamini. Kepulangan pemain berusia 23 ini berjaya membantu Arsenal mencatatkan 12 kemenangan dalam 14 perlawanan dengan membantu The Gunners melonjak kedudukan dari tempat ke-5 ke posisi ke-2 liga. Selain itu, Coquelin juga berjaya membantu membantu Arsenal mara ke separuh akhir Piala FA musim ini.

Sementara itu, Gabriel Paulista pula ditandatangani pada Januari lalu sebagai back up kepada pertahanan tengah, Laurent Koscielny dan Per Mertesacker. Meskipun dalam tempoh masa yang singkat namun petahanan kelahiran Brazil berusia 24 tahun itu berjaya membantu Arsenal mencatatkan 6 kemenangan bersih setakat ini. Malah, Gabriel Paulista telah disebut-sebut bakal merampas kedudukan dalam kesebelasan utama The Gunners.

Gabriel-Paulista-vs-Reading-2015Selain itu, kepulangan beberapa pemain-pemain daripada kecederaan termasuk Jack Wilshere, Theo Walcott, Mikel Arteta, Mathieu Debuchy dan Mathieu Flamini menambah tekanan kepada Arsene Wenger untuk memilih kesebelasan terbaik untuk Arsenal. Pengurus Arsenal itu kini berada dalam dilema dalam memilih kesebelasan utama The Gunners musim ini ekoran persaingan hebat daripada pemain-pemain musim ini.

“Kami memiliki skuad yang besar denagn 24 pemain ketika ini dan ada juga beberapa pemain yang dipinjamkan. Sangat penting bagi kami untuk mendapatkan keputusan yang tepat,” kata Arsene Wenger baru-baru ini.

“Kami tahu situasi ketika ini lebih baik dan mempunyai keseimbangan yang baik (dalam pasukan). Semua pemain kami berada di tahap terbaik, berkualiti dan sukar bagi saya untuk memilih skuad terbaik,” kata pengurus berusia 65 tahun itu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply