[BULETIN] ARSENAL BURU KHIDMAT MAXIMILIANO ROMERO

Maximiliano-Romero-Valez-SarsfieldArsenal dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani bintang muda Velez Sarsfield, Maximiliano Romero dengan bayaran sebanyak 4.5 juta. Penyerang kelahiran Moreno, Argentina itu dilabelkan sebagai ‘Messi Baru’ lantaran memiliki kemahiran mengelecek dan sentuhan penyudah tajam mirip bintang Barcelona itu yang juga merupakan kapten skuad kebangsaan Argentina.

Kenyataan itu susulan pegawai Arsenal, Dick Law yang diterbangkan ke Argentina bagi memuktamdkan perjanjian untuk mendapatkan penyerang berusia 16 tahun itu. Meskipun belum mendapat peluang untuk beraksi dalam skuad utama, namun bintang Romero dilihat bkal menyinar tidak lama lagi dengan dua diberi peluang berlatih bersama skuad senior  Velez Sarsfield serta mencetak dua gol dalam perlawanan ujian.

The Gunners dilaporkan bakal memuktamadkan penjanjian untuk mendapat penyerang muda Argentina itu namun akan terus membiarkan Maxi Romero terus kekal di Velez Sarsfield untuk tempoh dua tahun mendatang. Arsenal juga bersedia untuk membayar £900,000 bonus untuk medapatkan pemain itu secara kekal selepas pemain itu berusia 18 tahun nanti. Presiden Velez, Raul Gamez juga mengakui menerima tawaran lumayan daripada Arsenal.

“Arsenal telah mengemukakan tawaran yang besar untuk Maxi (Romero). Saya tidak mahu berbicara tentang angka namun jumlahnya cukup besar,” tutur Raul Gamez.

Sementara itu, agen Romero, Rolando Zarate turut mendedahkan bahawa dirinya telah bertemu dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger, “Maxi (Romero) memiliki potensi yang besar. Saya telah bertemu dengan Wenger dua kali di London.”

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply