[ANALISIS] MESUT OZIL BUAT ARSENAL LUPAKAN FABREGAS

Cesc-Fabrgeas-vs-Mesut-Ozil-2015Meskipun dikritiik hebat pada musim pertamanya bersama Arsenal namun Mesut Ozil tampak semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di kota London. Bintang antarabangsa Jerman itu melengkapkan perpindahan dari kelab Sepanyol, Real Madrid dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £42.5 juta sekaligus muncul selaku pemain termahal The Gunners. Ketibaan Ozil di Arsenal menyaksikan dirinya sering dibandingkan dengan bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas.

Mesut Ozil yang cemerlang bersama Real Madird dengan mencatatkan menjairngkan 27 gol dan mencipta 81 assists dalam 159 perlawanan sekaligus digelar sebagai ‘King of Assist’ di pentas Eropah. Namun persembahan playmaker berusia 26 tahun itu sedikit menurun sejak menyertai Arsenal pada musim panas 2013. Selain masih menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris, Ozil turut bergelut dengan masalah kecederaan lutut dan hamstring.

Musim ini, Mesut Ozil terus dibandingkan dengan bekas skipper Arsenal, Cesc Fabregas kini beraksi bersama Chelsea. Fabgreas melengkapkan perpindahan ke Stamford Bridge pada musim panas lalu dengan yuran perpindahan dianggarkan sebanyak £30 juta. Ketibaan playmaker Sepanyol berusia 28 tahun itu berjaya membantu Chelsea menjulang Piala Capital One pada Februari lalu dan gah mengungguli persada Liga Perdana Inggeris.

Mesut Ozil memulakan musim ini dengan sedikit keletihan selepas membantu Jerman merangkul kejuaraan Piala Dunia 2014 di Brazil Julai tahun lalu. Playmaker Jerman itu kemudiannya dihimpit kecederaan lutut pada 5 Oktober 2014 sekaligus terpaksa diketepikan untuk tempoh 3 bulan. Ozil kembali beraksi bersama Arsenal dengan membantu The Gunners mendaki kedudukan kedua dari tangga ke-5 Liga Perdana Inggeris  serta mara ke perlawanan akhir Piala FA 2015.

Berdasarkan statistik, prestasi Mesut Ozil juga tampak semakin menyerlah sekaligus membuat penyokong-penyokong Arsneal mula melupakan Cesc Fabregas. Bekas tonggak tengah Real Madrid itu menjaringkan 4 gol dan memcipta 6 assist dalam 17 perlawanan sejak 17 Januari lalu. Ozil turut cemerlang mencipta peluang dengan mencatatkan 29 peluang. Hakikat ini turut diakui oleh lagenda Arsenal, Nigel Winterburn.

“Fabregas merupakan seorang pemain yang luar bias bagi Arsenal dan dia masih (yang terbaik),” kata Winterburn kepada Goal.com.

“Kami memerhatikan sejak dari permulaan musim hingga Krismas. Dia berada di prestasi yang cukup luar biasa tetapi saya rasa secara realistiknya Arsenal perlu mengukuhkan di posisi yang berbeza untuk peranan yang dimainkan oleh Fabregas untuk kelab.”

“Saya rasa semua pihak bagai keluar dari gerabak kerana Fabregas kembali (ke Liga Perdana Inggeris) dan dia merupakan pemain berkualiti  yang beraksi dengan baik.”

“Tetapi saya rasa sejak santi Cazorla bertukar posisi ke bahagian tengah dan Ozil mula menunjukan peningkatan yang kita di mana kita sudah tidak mendengar desakan untuk membawa pulang Fabregas ke kelab (Arsenal),” kata lagenda Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Informasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply