[PERPINDAHAN] GABRIEL PAULISTA SAH SERTAI ARSENAL

Arsenal sah menandatangani pertahanan Brazil, Gabriel Paulista dari kelab Sepanyol, Villareal dengan Joel Campbell dipinjamkan sehingga ke penghujung musim ini kepada The Yellow Submarine. Kehadiran Gabriel Paulista yang ditandatangani dengan yuran perpindahan sebanyak £11.3 juta itu dilihat tepat pada masanya untuk menyelesaikan masalah di barisan pertahanan The Gunners yang agak goyah.

Gabriel atau nama sebenarnya Gabriel Armando de Abreu memulakan karier awal bersama kelab Brazil, Esporte Clube Vitória sebelum mendapat debut dalam skuad utama pada 7 Mac 2010 ketika berusia 19 tahun. Pertahanan yang berketinggian 6 kaki 1 inci (1.87m) ini kemudiannya menyertai Villareal pada 15 Ogos 2013 dengan yuran perpindahan sebanyak £2.9 juta.

Pertahanan Brazil ini mampu beraksi cemerlang selaku di posisi bek kanan dan bek kiri telah membantu Villareal mencatatkan rekod 18 perlawanan tanpa kalah dengan hanya melepaskan 17 gol dalam 19 perlawanan La Liga telah menarik minat peninjau bakat Arsenal. Selepas beraksi dalam 50 perlawanan dalam dua musim bersama Villareal, Gabriel akhirnya meninggalkan The Yellow Submarine apabila mendapat permit kerja di England pada 26 Januari 2015.

“Saya datang dari kelab yang tidak sebesar bola sepak Brazil. Saya berhijrah ke bola sepak Sepanyol di mana impian sya untuk bermain di Eropah menjadi kenyataan,” kata Gabriel menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.

“Suatu ketika dahulu, saya mempunyai keinginan besar untuk bermain di Liga Perdana Inggeris, jadi sejak itu saya meletakkan sasaran dalam kepala saya bahawa saya mahu mencapainya. Saya telah berbincang dengan keluarga saya bahawa saya memberitahu mereka tentang impian saya untuk bermain Liga Perdana Inggeris.”

“Saya tiba di kelab yang besar  dan penyokong mengharapkan untuk menandatangani Gabriel yang mampu membantu semua pihak. Saya bukannya terlalu memikirkan tentang diri saya kerana bagi saya perkara itu tidak penting. Saya hanya mahu untuk membantu pasukan dan rakan-rakan sepasukan.”

“Saya mahu membantu semua orang, jadi penyokong mengharapkan Gabriel berada di atas padang mampu untuk membantu pasukan adalah satu perkara yang penting,” kata pertahanan berusia 24 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply