[KOMENTAR] ALEX SONG, CESC FABREGAS INGIN KEMBALI KE ARSENAL

Cesc-Fabregas-and-Alex-SongPemain tengah Cameroon, Alex Song mengakui dirinya ingin kembali ke Arsenal pada musim panas lalu sebelum dipinjamkan ke West Ham United oleh Barcelona. Pemain berusia 27 tahun itu meninggalkan Arsenal pada 20 Ogos 2012 untuk menyertai The Catalan dengan yuran perpindahan sebanyak £15 juta. Namun, nama Alex Song sudah tidak berada dalam perancangan pengurus baru Barcelona, Luis Enrique.

Song juga turut mengakui bahawa rakan sepelatihnya di Barcelona, Cesc Fabregas juga ingin kembali menyertai The Gunners namun Arsene Wenger enggan menandatangani bekas kapten Arsenal itu. Lantaran itu, playmaker kelahiran Sepanyol itu memiliki untuk bergabung dengan Chelsea pada jendela perpindahan musim panas lalu selepas turut tidak berada dalam perancangan Luis Enrique.

“Saya sangat gembira untuk kembali (ke Arsenal) tetapi mereka tidak mahu menandatangani saya. Namun, itulah kehidupan. Saya tidak menyalahkan mereka,” kata Song kepada L’Equipe.

Samir-Nasri-Cesc-Fabregas-vs Man-United“Cesc Fabregas juga ingin kembali ke Arsenal tetapi mereka tidak mahu mengaktifkan klausa pembelian balik. Hal ini cukup mengejutkan setelah melihat apa yang dilakukannya di Chelsea. Dia tampil lebih baik daripada sebelumnya.”

“Saya sebenarnya mahu kekal lebih lama di Arsenal tetapi kami tidak memenangi apa-apa. Setiap tahun, kami kehilangan pemain terbaik kami ; Cesc (Fabregas), Robin (van Persie), Samir (Nasri). Jika kelab mengekalkan semuanya, Arsenal sudah tentu menjadi juara.”

“Kemudiannya, saya mendapat peluang untuk berpindah ke Barcelona. Saya tidak mahu menoleh kebelakang lagi. Dan peluang hanya datang sekali,” kata Alex Song lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply