[BULETIN] ARSENE WENGER BURU BEK TENGAH BARU JANUARI INI

Arsene-Wenger-with-FA-Cup-trophy-2014Krisis kecederaan yang melanda barisan pemain Arsenal menyaksikan pengurus pasukan, Arsene Wenger terpaksa merombak barisan pertahanan termasuk meletakan Mathieu Debuchy bergandingan bersama Per Mertesacker selaku pertahanan tengah serta menurunkan bek kanan muda, Hector Bellerin dalam perlawanan menentang Newcastle United semalam. Percaturan itu ekoran kecederaan yang menimpa Laurent Koscielny dan Nacho Monreal serta pengantungan Calum Chambers.

Laurent Koscielny yang diketepikan sejak dua bulan lalu ekoran masalah achilles namun terpaksa direhatkan untuk tempoh dua minggu lagi selepas mengalami kecederaan betis minggu lalu. Calum Chambers yang beraksi di posisi bek kanan pula sering kali ditugaskan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Koscielny. Nacho Monreal pula mengalami kecederaan pergelangan kaki pada 3 Disember lalu. Lantaran itu, Wenger mengakui dirinya bakal menandatangani seorang bek tengah pada jendela perpindahan Januari ini.

“Ya (saya akan menandatangani bek tengah baru), dengn kecederaan yang menimpa Laurent Koscielny maka kami sedikit bimbang dan perlu mendapatkan seorang pelapis,” kata Wenger kepada BBC Sport.

Musim panas lalu, Arsenal telah menjual pertahanan tengah Belgium kepada Barcelona selain kehilangan Bacary Sagna yang enggan melanjutkan kontrak bersama The Gunners. Ketiadaan kedua-dua pemain itu menyaksikan Arsene Wenger tidak mempunyai pelapis yang berkaliber untuk mengisi kekosongan selaku pertahanan tengah Arsenal. Antara pemain yang disebut-sebut menjadi sasaran Wenger termasuklah pertahanan muda Ipswich Town, Tyrone Mings.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply