[PERSPEKTIF] WELBECK PEMBELIAN PENTING BAGI ARSENAL – GIROUD

Danny-Welbeck-Olivier-Giroud-Arsenal-2014Penyerang antarabangsa Perancis, Olivier Giroud menyambut baik kehadiran Danny Welbeck bagi menambah sengat di barisan hadapan Arsenal. Penyerang muda England berusia 23 tahun itu menyertai The Gunners dari Manchester United dengan yuran perpindahan sebanyak £16 juta pada 2 September lalu. Setakat ini, Welbeck telah berjaya meledakan 6 gol dan mencipta 3 assist dalam 17 penampilan bersama Arsenal setakat ini.

“Kami mempunyai barisan skuad yang bagus namun sangat penting untuk membeli Danny (Welbeck) kerana kami memerlukan seorang penyerang lagi,” kata Giroud kepada Sport.

“Dia (Welbeck) seorang penyerang yang bagus dan dia seorang pemain yang baik. Jadi saya rasa dia akan memperikan persaingan yang bagus diantara kami.”

“Ini akan membantu kami berkembang dan memperbaik persembahan kami. Ini sangat bagus kerena kami mempunyai lebih banyak alternatif dalam pasukan kami,” kata penyerang kelahiran Perancis berusia 28 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply