[PERSPEKTIF] ARSENAL BAKAL KEMARAU KEJUARAAN LAGI – DIXON

Mesut-Ozil-2014_1Lagenda Arsenal, Lee Dixon melaungkan keyakinan bahawa bekas kelabnya akan kembali menamatkan musim ini tanpa sebarang kejuaraan selepas aksi longlai yang dipamerkan oleh anak didik Arsene Wenger dalam beberapa perlawanan terakhir ini. Terdahulu, Arsenal menghadapi dua perlawanan kurang memuaskan sebelum rehat antarabangsa apabila diikat seri 3-3 dengan Anderlecht pada aksi Liga Juara-Juara Eropah serta dimalukan 1-2 oleh Swansea City.

The Gunners kini berada di kedudukan ke-6 Liga Perdana Inggeris ketinggalan 12 di belakang pendahulu liga, Chelsea. Persembahan yang dipamerkan oleh anak didik Arsene Wenger dalam beberapa perlawanan terakhir jelas meresahkan penyokong-penyokong Arsenal. Menurut Lee Dixon, pemain-pemain Arsenal banyak mempersia-siakan peluang yang dimiliki utuk menjaringkan gol.

“Saya tidak melihat tiada ada masalah dengan pemain mereka (Arsenal) untuk mengatasi pemain lawan,” ungkap Lee Dixon menerusi The Guardian.

“Anda boleh lihat ketika mereka berhadapan dengan (Manchester) City, Anderlecht dan Swansea City. Mereka sudah berjaya mengatasi lawan namun saat wisel penamat ditiupkan oleh pengadil, keputusannya sangat mengecewakan.”

“Saya benar-benar berharap mereka dapat membuang tabiat seperti itu. Mereka harus sentiasa fokus dalam setiap perlawanan yang mereka lalui musim ini ika tidak mahu kesilapan seperti itu akan terus berulang.

“Saya rasa mereka akan kembali menamatkan musim ini dengan keputusan yang negatif. Namun saya tetap yakin dengan kualiti dan kemampuan merebut kejuaraan musim ini.”

“Walau bagaimanapun, dengan kualiti yang dimiliki tidak membawa sebarang makna jika mereka tidak memanfaatkannya,”kata bekas bek kanan yang pernah beraksi bersama Arsenal dari tahun 1988 hingga 2002.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply