[PERPINDAHAN] SANTI CAZORLA INGIN KEMBALI KE LA LIGA

Santi-Cazorla-vs-Gael-ClichyPemain tengah Sepanyol, Santi Cazorla meluahkan hasrat untuk kembali ke negara kelahirannya dan beraksi di pentas La Liga. Namun, pemain berusia 29 tahun itu menegaskan perkara itu tidak akan terjadi dalam tempoh terdekat kerana dia akan bersikap professional dan menghormati kontrak bersama Arsenal. Terdahulu, Santi Cazorla telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama The Gunners sehingga musim panas 2016.

“Kembali ke Sepanyol? Sudah tentu suatu hari nanti saya ingin kembali beraksi di pentas La Liga,” kata Cazorla baru-baru ini.

“Namun, saya masih mempunyai kontrak beberapa musim lagi bersama Arsenal. Ketika ini, sya tidak merancang apa-apa.”

“Arsenal kini dalam proses penambahbaikan. Ada banyak perkara-perkara yang pelik terjadi, kami terlalu tidak konsisten. Kami tidak boleh terus mengulangi prestasi buruk dalam beberapa perlawanan terkahir.”

Santi Cazorla ditandatangani dari Malaga CF pada Ogos 2012 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £12 juta. Sehingga kini, pemain berusia 29 tahun ini telah beraksi dalam 113 perlawanan dengan menjaringkan 20 gol sepanjang 3 musim bersama The Gunners. Selain itu, Santi Cazorla turut memiliki 65 caps antarabangsa bersama Sepanyol dengan meledak 11 gol setakat ini.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply