[PERPINDAHAN] PER MERTESACKER PUJUK KHEDIRA SERTAI ARSENAL

Germany-team-celebrate-World-CupPertahanan Jerman, Per Mertesacker berusaha untuk memujuk rakan senegaranya, Sami Khedira meninggalkan Santiago Bernabue untuk menyertai Arsenal. Masa depan Khedira bersama Real Madrid semakin tidak menentu setelah gagal untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Carlo Anceloti. Selain itu, Khedira juga masih belum menandatangani kontrak baru meskipun kontraknya bakal berakhir hujung musim ini.

Tonggak tengah Jerman itu menyertai Real Madrid pada 30 Julai 2010 dari kelab Bundesliga, VfB Stuttgart dan telah beraksi dalam 150 perlawanan dengan menjaringkan 9 gol untuk Real Madrid. Pemain berusia 27 tahun itu dilihat sebagai pilihan terbaik untuk mengisi kelemahan di bahagian defensive midfielder Arsenal.  Namun, Sami Khedira gagal untuk mencapai persetujuan dengan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu.

“Sudah tentu saya gembira untuk menerima kehadiran seorang pemain Jerman yang berkualiti di Arsenal,” kata Mertesacker kepada Sport Witness baru-baru ini.

“Mesut (Ozil) dan saya sudah berbicara dengan Khedira beberapa kali dan kami mahu dia menyertai Arsenal. Tambahan pula, kontraknya bakal berakhir musim depan.”

Per Mertesacker, Mesut Ozil dan Lukas Podolski bersama-sama Sami Khedira merupakan antara tonggak yang membantu Jerman menjulang kejuaraan Piala Dunia 2014 di Brazil Julai lalu. Di samping itu, Mesut Ozil dan Sami Khedira juga pernah bergandingan semasa di Real Madrid ketika di bawah kendalian Jose Mourinho.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply