[LADIES] ARSENAL DALAM DARAH SAYA – LIANNE SANDERSON

Lianne-Sanderson-England-squad-2014_1Lianne Sanderson mengakui kepulangan semula ke England demi untuk menyertai Arsenal. Penyerang kelahiran Watford, England itu memulakan karier awal bersama skuad remaja Arsenal sebelum diserap ke dalam skuad utama Arsenal Ladies pada musim 2003-04. Sanderson meninggalkan Arsenal pada Julai 2008 untuk berkelana ke Chelsea Ladies, Philadelphia Independence, Espanyol, D.C. United Women dan Boston Breakers sebelum melengkapkan kepulangan semula ke pangkuan Arsenal Ladies.

“Saya sentiasa menghubungi semua orang di Arsenal termasuk Vic Akers. Walaupun saya penyokong Manchester United, namun semua orang tahun saya bermain untuk Arsenal dan Arsenal sebahagian daripada diri saya,” kata Sanderson kepada Arsenal.com.

“Saya membesar sebagai pemain Arsenal dan saya belajar dengan cara Arsenal sejak berusia 9 tahun lagi. Saya sangat gembira kerana diburu oleh kelab lain di Eropah dan England tetapi sya tidak pernah bercakap dengan sesiapa kerana saya mahu pulang ke Arsenal.”

“Saya memberitahu bapa saya beberapa bulan lalu, ‘Ayah, saya mahu pulang ke Arsenal.’ Dia merupakan penyokong tegar Arsenal dan itu telah membantu saya membuat keputusan yang betul untuk saya pergi ke sesuatu tempat yang saya hormati.”

“Mereka (Arsenal) mengajar saya dengan mentaliti kejuaraan. Secepat mungkin anda akan melangkah di atas garisan putih  yang anda tahun anda akan memenanginya. Itu bukan satu kesombongan, saya hanya tahu kami perlu menang kerana kami memiliki sebuah pasukan impian sepanjang saya berada di sini.”

“Perkara yang paling penting ialah keakraban yang kami miliki di luar padang di mana kami saling hormat-menghormati. Itu adalah cara Arsenal – kami semua memakai baju lengan pendek atau lengan panjang bersama-sama,” kata penyerang berusia 26 tahun itu lagi.

This entry was posted in Arsenal Ladies and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply