[KOMENTAR] ROBIN VAN PERSIE AKUI MINATI AKSI ALEXIS SANCHEZ

Alexis-Sanchez-Everton-vs-Arsenal-2014Penyerang Manchester United, Robin van Persie dengan tanpa segan silu mengakui dirinya merupakan peminat setia Alexis Sanchez. Arsenal telah menandatangani penyerang antarabangsa Chile itu dari kelab Sepanyol, Barcelona pada Julai lalu dengan yuran perpindahan sebanyak £32.5 juta. Sehingga kini, Alexis Sanchez telah menjaringkan 13 gol dalam penampilan bersama The Gunners musim ini.

“Saya sentiasa menyukainya (Alexis) bahkan ketika dia masih bermain di Barcelona. Saya rasa sepanjang Piala Dunia lalu, dia beraksi cemerlang bersama Chile,” kata Robin van Persie kepada BT Sport.

“Dia merupakan seorang pemain yang sangat bagus, sangat dinamik memiliki kelincahan dan kemahiran. Dia memberikan kepada anda segalanya dan saya menyukai pemain seperti itu.”

“Kadang kala anda harus mengubah cara anda bermain dalam sesuatu perlawanan. Anda harus melibat bagaimana perlawanan berjalan.”

“Dia (Alexis) boleh menyesuaikan diri dengan gaya permainan yang berbeza. Dia boleh berlari di belakang pertahanan lawan dan menjaringkan gol. Dia sangat menyeronokan untuk ditonton,” kata penyerang Manchester United itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply