[KOMENTAR] PRINSIP WENGER HALANG KEJAYAAN ARSENAL – USMANOV

Alisher-Usmanov-Russian-tycoonMusim lalu, Arsenal berjaya menjulang kejuaraan pertama selepas 9 tahun kemarau kejuaraan dengan memenangi Piala FA 2014. Harapan menggunung peminat untuk terus menyaksikan kebangkitan Arsenal bagi msim 2014-15 tidak kesampaian apabila skuad bimbingan Arsenal kembali dipalit dengan prestasi yang tidak menentu. Kekalahan 1-2 kepada Manchester United hujung minggu lalu menyaksikan Arsenal kita terhumban ke kedudukan ke-8 liga dengan 15 mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Arsenal kini mengumpul 17 mata daripada 12 perlawanan sekaligus menjadi prestasi terburuk The Gunners sejak tahun 1982. Lantaran itu, pemegang saham kedua terbesar Arsenal, Alisher Usmanov masih menghormati Arsene Wenger selaku individu yang banyak membantu kejayaan Arsenal namun berharap agar pengurus kelahiran Perancis itu akur bahawa prinsip yang dipegangnya menghalang kejayaan pasukan.

“(Arsene) Wenger seorang jurulatih yang hebat, bukan sahaja di Eropah tetapi di dunia,” kata Usmanov ketika ditemubual oleh CNBC.

“Tetapi dalam pepatah Russia ada berkata, ‘Even an old lady can have a roof falling on her.’ Semua orang pasti melakukan kesilapan. Dia (Wenger) juga boleh melakukan kesilapan dan saya tahu pada usianya sangat sukar baginya untuk menerima bahawa dia sudah melakukan kesilapan. Dan itulah masalah yang berlaku ketika ini.”

Arsenal-in-training-2014“Saya menyukai Arsene (Wenger) kerana prinsipnya tetapi prinsipnya itu boleh menjadi batu penghalang di mana boleh menghilangkan sebarang kemungkinan. Terdapat sebahagian jurulatih tanpa prinsip boleh menjadi jurulatih yang kuat kerana sebahagia daripada mereka kehilangan kedudukan kerana prinsip dari segi etika, moral dan pandangan peribadi.

“Adakah dia mempunyai wang? Secara wang ada bersama kelab. Bagaimana dia membelanjakannya? Keputusan untuk membuat pelaburan terletak di tangannya. Saya mahukan kejuaraan kerana kejuaraan itu adalah sebahagian daripada kejayaan dalam pelaburan termasuk kepada diri saya dan penyokong-penyokong setia Arsenal di mana mereka yang berhak untuk mendapat kejuaraan.”

“Pada pendapat saya dan saya memberitahu secara terbuka – Kami perlu memperkuatkan setiap posisi untuk bermain di peringkat yang memiliki pasukan seperti Chelsea dan Manchester City dan juga di Eropah yang mempunyai Real (Madrid), Barcelona, Paris Saint-Germain, Bayern Munich dan lain-lain lagi,” kata Usmanov lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply