[KOMENTAR] MESUT OZIL TIDAK PEDULI DENGAN KRITIKAN MEDIA

Mesut-Ozil-2014_1Mesut Ozil mengkaui dirinya tidak mengambil peduli dengan komen-komen negatif segelintir media mengenai dirinya. Playmaker Jerman seringkali menerima kritikan apabila tiba di utara London pada musim panas 2013 dengan yuran perpindahan sebanyak £42.5 juta. Sejak menyertai Arsenal, Ozil telah menjaringkan 5 gol dan mencipta 11 assist dalam 33 penampilan bersama The Gunners namun masih gagal memberi impak berkesan musim ini.

“Saya sudah lama berada di pentas ini. Saya sudah menjadi pemain professional sejak berusia 16, 17 tahun lagi,” kata Ozil kepada tabloid Jerman, Bild.

“Saya tidak peduli. Mereka (media) menulis sesuatu yang berbeza 3 minggu lalu dan mereka juga akan terus melakukannya pada 3 minggu akan datang. Ini sebagai daripada urusan perniagaan di England.”

“Hampir semua pemain baru memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan permainan di Liga Perdana Inggeris. Itu yang diperkatakan oleh Jens Lehmann (kepada saya) berulang-ulang kali. Cabaran di sini jelas berbeza.”

Mesut-Ozil-vs-Borussia-Dortmund-2013“Ini jelas membuatkan saya menjadi serba salah kerana saya telah terlepas keseluruhan jelajah pra-musim lalu. Saya juga seringkali tidak berpuas hati dengan persembahan saya tetapi saya akan berusaha untuk mengatasinya,” kata pemain berusia 26 tahun itu lagi.

Selain sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di utara London, Ozil turut dibelenggu masalah kecederaan menyaksikan dirinya gagal untuk mempamerkan prestasi sebenarnya. Bintang tengah Jerman itu kini terpaksa berehat hampir tiga bulan selepas mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan menentang Chelsea awal Oktober lalu.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply