[KOMENTAR] ARSENAL MEMBAZIRKAN MASA SAYA – BENDTNER

Nicklas-Bendtner-goal-vs-Hull-City-2013Bekas penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner menghamburkan kritikan terhadap bekas kelabnya itu yang terlalu banyak membazirkan masa-masa berharganya. Penyerang kelahiran Copenhagen, Denmark itu meninggalkan Stadium Emirates dengan menyertai kelab Bundesliga, VfL Wolfburg secara agen bebas pada musim panas lalu selepas gagal mendapat tempat dalam skuad utama Arsene Wenger.

“Itu merupakan situasi yang buruk. Tahun terakhir saya di Arsenal hanya membuang masa. Saya tidak tahu mengapa Arsenal tidak mahu melepaskan saya pergi,” kata Bendtner kepada Tipsbladet.

“Kelab seperti Arsenal sepatutnya mencari pemain lain untuk mengantikan peranan saya. Mereka seharusnya tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pemain yang mereka mahukan.”

Nicklas Bendtner menyertai Arsenal dari kelab Denmark, KjĂžbenhavns Boldklub pada musim panas 2004. Sepanjang bersama The Gunners, Bendtner telah beraksi dalam 171 perlawanan dengan menjaringkan 47 gol. Penyerang berusia 26 tahun itu juga pernah menghabiskan tempoh pinjaman bersama Birmingham City (2006-07), Sunderland (2011-12) dan Juventus (2012-13).

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply