[KECEDERAAN] WILSHERE JALANI PEMBEDAHAN, REHAT 3 BULAN

Jack-Wilshere-injured-Nov-2014Bintang tengah Arsenal, Jack Wilshere terpaksa diketepikan untuk tempoh 3 bulan selepas menjalani pembedahan pergelangan kaki. Pemain muda berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan tersebut selepas diterjah oleh pertahanan Manchester United, Paddy McNair hujung minggu lalu. Berita tersebut bakal menambah senarai kecederaan panjang yang dimiliki oleh Arsenal ketika ini.

“Pakar perubatan mengesahkan bahawa dia memerlukan pembedahan dan Wilshere telah menjalani pembedahan pergelangan kaki di London pada pagi Khamis lalu,” menurut sumber rasmi dari Arsenal.com.

“Jack Wilshere akan mula menjalani proses pemulihan bersama pasukan perubatan Arsenal. Semua pihak mendoakan agar Wilshere segera sembuh dan mahu melihatnya untuk kembali beraksi di atas padang.”

Jack-Wilshere-tackled-by-Daniel-AggerJack Wilshere yang cemerlang bersama skuad kebangsaan England dalam 4 perlawanan terakhir sekaligus menerima anugerah ‘Vauxhall Man of the Match’ turut terlepas aksi bersama The Three Lions. Menerusi kenyataan Wilshere di laman sosial Instagram, Wilshere turut menghamburkan ucapan terima kasih kepada pakar bedah orthopedic, James Calder atas kejayaan dalam pembedahan kakinya.

“Pergelangan kaki saya akhirnya memerlukan pembedahan akhirnya, terima kasih kepada James Calder. Berusaha keras seperti yang anda mahukan kerana saya tidak mahu kembali kepada anda tanpa berjuang,” ungkap pemain berusia 22 tahun itu.

Sementara itu, Arsenal bakal kehilangan kapten pasukan, Mikel Arteta yang mengalami kecederaan betis ketika aksi menentang Borussia Dortmund semalam, Pemain tengah Sepanyol berusia 32 tahun itu terpaksa direhat untuk tempoh 6 minggu. Bintang tengah Jerman, Mesut Ozil yang mengalami kecederaan lutut pula terpaksa menunggu sehingga awal Januari depan untuk kembali beraksi bersama The Gunners.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply