[KECEDERAAN] OLIVIER GIROUD KEMBALI JALANI LATIHAN

Giroud-back-on-training-Nov-2014Bintang antarabangsa Perancis, Olivier Giroud kembali menjalani latihan selepas berehat lebih 2 bulan selepas mengalami kecederaan ketika Arsenal seri 2-2 menentang Everton pada 23 Ogos lalu. Penyerang berusia 28 tahun itu dihimpit masalah keretakan tulang tibia di kaki kirinya dan terpaksa menjalani pembebedahan 6 hari berikutnya. Ketiadaan Giroud menyaksikan Daniel Welbeck dan Yaya Sanogo diberi peluang untuk mengalas tugas selaku pengempur utama The Gunners.

Proses pemulihan penyerang Perancis itu berjalan lancar menyaksikan penyerang utama Arsenal itu kembali lebih cepat daripada jangkaan awal 4 bulan. Olivier Giroud sudah menjalani latihan fizikal dan dijangkan dapat beraksi dalam tempoh 2 atau 3 minggu akan. Kepulangan Giroud bakal menambah sengat di barisan hadapan Arsenal yang terlalu bergantung harap kepada Alexis Sanchez dan Daniel Welbeck.

Sementara, nasib Mesut Ozil sebaliknya. Playmaker antarabangsa Jerman itu terpaksa diketepikan untuk 7 minggu akan datang selepas dihimpit masalah kecederaan lutut ketika aksi menentang Chelsea pada 5 November lalu. Kehilangan dua tonggak utama ini menyaksikan The Gunners bergelut untuk mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply