[KECEDERAAN] KOSCIELNY KEMBALI JALANI PENUH BERSAMA ARSENAL

Laurent-Koscielny-back-on-training_1Pertahanan kental Perancis, Laurent Koscielny kembali menjalani latihan penuh bersama skuad utama Arsenal minggu lalu. Pertahanan berusia 29 tahun itu telah berehat lebih dua bulan sejak mengalami kecederaan archilles pada 5 Oktober lalu. Kepulangan Koscielny bakal memberikan sedikit kelegaan kepada Arsene Wenger lantaran barisan pertahanan yang dikemudi oleh Per Mertesacker dan Nacho Monreal yang sedikit goyah kebelakangan ini.

Laurent Koscielny menyertai The Gunners dari kelab Perancis, FC Lorient pada 7 Julai 2010 dengan yuran perpindahan sebanyak £8.5 juta. Sepanjang bersama Arsenal, Koscielny telah beraksi dalam 174 perlawanan dengan menjaringkan 14 gol setakat ini. Gandingan mantap Koscielny-Mertesacker musim lalu berjaya membantu The Gunners menamatkan kemarau kejuaraan sejak 9 musim yang lalu dengan menjulang Piala FA 2014.

Sementara itu, Mathieu Debuchy turut menunjukan perkembangan yang positif dan dijangka akan kembali ke dalam skuad utama Arsenal awal bulan hadapan. Bek kanan antarabangsa Perancis berusia 29 tahun itu terpaksa berehat hampir 3 bulan kerana mengalami kecederaan pergelangan kaki pada 13 September lalu. Playmaker Jerman, Mesut Ozil pula terpaksa menunggu sehingga awal Januari depan untuk beraksi bersama The Gunners.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply