[CORETAN] ARSENAL ANTARA KELAB TERBAIK DI DUNIA – OSPINA

David-Ospina-Arsenal-trainning-sessionPenjaga gol antarabangsa Columbia, David Ospina menegaskan dirinya akan terus memberikan segala-galanya semasa sesi latihan sehingga dia berada dalam keadaan terbaik dan mendapat peluang untuk beraksi dalam skuad bimbingan Arsene Wenger. Namun, penjaga gol berusia 26 tahun itu terpaksa diketepikan selama 3 bulan selepas mengalami kecederaan paha pada 20 Oktober lalu.

David Ospina menyertai Arsenal dari kelab Perancis, Nice dengan yuran perpindahan sebanyak £3 juta pada 27 Ogos lalu. Penjaga gol yang memiliki 50 caps antarabangsa bersama Columbia itu hanya beraksi dalam dua perlawanan sejak tiba di Stadium Emirates lantaran dibelenggu dengan masalah kecederaan. Namun, Ospina menegaskan dirinya gembira dengan kehidupan di utara London.

“Selepas Piala Dunia, agen saya memberitahu saya bahawa Arsenal tertarik dengan saya,” kata David Ospina kepada Arsenal.com.

“Tetapi dalam bola sepak, anda harus bersabar semasa proses rundingan sebelum segala urusan perpindahan selesai. Mujurlah, segalanya berjalan lancar. Ini merupakan peluang terbaik saya dan saya akan memanfaatkannya sebaik mungkin.”

“Saya bangga dapat bersama dengan kelab terbaik di dunia dana saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik semasa sesi latihan,” kata penjaga gol berusia 26 tahun itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply