[CORETAN] ARSENAL ADALAH KELAB SAYA – THIERRY HENRY

Thierry-Henry-return-in-Emirates-StadiumPenyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry mengakui bahawa dia menitis air mata ketika meninggal Stadium Emirates untuk berhijrah ke Barcelona pada musim panas 2007. Penyerang kelahiran Perancis itu telah menjaringkan 226 gol  dari 1999 hingga 2007 sebelum menyertai The Catalan dengan yuran perpindahan sebanyak €24 juta. Kini, Henry yang sudah menginjak usia 38 tahun beraksi bersama kelab MLS, New York Red Bulls.

“Arsenal adalah kelab saya. Ketika saya meninggalkan kelab ini, ia sebahagian daripada kematian saya. Saya menangis di mana saya tidak pernah menangis sejak ketika saya masih kecil lagi,” kata Henry kepada tabloid sukan Perancis, L’Equipe.

Thierry Henry pernah kembali ke Arsenal selaku pemain pinjaman pada Januari 2012 dengan meledak 2 gol dalam 7 penampilan. Kontrak penyerang kelahiran Les Ulis, Perancis itu bakal berakhir hujung bulan ini menyaksikan Henry sedang mencari hala tuju baru dalam kariernya. Lantaran itu, Henry semakin hangat dikaitkan dengan kepulangan ke utara London selaku sebahagian daripada staf kejurulatihan The Gunners.

Thierry-Henry-vs-Liverpool-2000“Masih belum jelas. Saya masih belum membuat sebarang keputusan dan itu merupakan sebahagian daripada spekulasi,” balas Henry ketika ditanya mengenai kepulangannya ke Arsenal.

“Satu perkara yang paling penting ; Saya mahu terus kekal dalam arena bola sepak, samada sebagai jurulatih atau pengulas. Kita akan lihat nanti.”

Satu perkara lagi yang penting ialah saya mahu melihat Arsenal memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Samada saya melihat dari jauh atau secara dekat namun yang pasti saya mahu membantu mereka kerana ini merupakan kelab saya di mana sebagai pemain saya tidak berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama mereka,” kata Henry lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply